Pages

Saturday, December 3, 2011

I'm Complete - Thank You Allah


Oh sejak tarikh nikah makin dekat, banyak pula kerja di office perlu disiapkan. Tapi, kerja tak kan pernah habis, kan?! Kalau siap mungkin company akan tutup kedai. Tapi, kerja perlu dibereskan dalam masa 6 hari sebelum nikah. Dalam masa kritikal ini lah aku perlukan mereka & Allah s.w.t untuk kuatkan minda, fizikal & rohani aku.

Aku lengkap. Alhamdulillah. Combination yang cukup sempurna. Terima kasih Allah.

Aku + Family + Din : I'm Complete.
Syukur! Alhamdulillah------

Thursday, November 24, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Mee Ketam Pak Su - Juru, Seberang Prai, Penang


Ini je aku mampu tulis. Sebab aku tak dapat nak rasa lagi Mee Ketam ni. Aku nak makan sangat-sangat Mee Ketam ni argh!

Ya Allah, Tolong kabulkan permintaan ku ini. AMIN

Friday, November 11, 2011

Wedding : Kad Kahwin Kartun (Cartoon) & Tips Tempah Kad Kongsi

Assalamualaikum WBT

Wahhh, tajuk entry over sangat! haha.
Hari ni kita cerita pasal Kad Kahwin ok. Straight to the point ----- zasss!

KONSEP
  • Kad Kahwin Kartun (Cartoon).

MURAH DAN JIMAT TAPI ELEGANT
  • Aku suka kad yang simple yet nice & elegant tapi MURAH dan JIMAT! Sebab pada aku kad ni orang nak buat untuk rujuk peta & tarikh SAHAJA. Takda nya kawan kau nak simpan kad kau tu. Percayalah! Lepas majlis orang akan buang. So aku rasa tersangatlah membazir kalau aku berhabis banyak dekat kad sahaja. Karang kalau aku nampak kad aku ada kat dalam tong sampah ke, kat atas jalan raya ke... tak ke rasa sedih & sayang sebab duit kau habis macam tu aje. Baik aku habiskan duit kat rumah sewa aku dan bakal suami nanti. Sobs sobsss...

KONGSI
  • Kad ni juga aku kongsi dengan pihak lelaki sebab kebanyakkan kawan Din tu kawan aku juga, ye la kan aku ni bercinta satu class dengan Din jadi kawan aku = kawan Din. Dah JIMAT disitu. Kalau korang order banyak korang akan dapat lagi murah & banyak free gift dia bagi. Hehe! Untung!
  • Macam kes aku ni, kad kawin tak cukup untuk pihak aku sebab aku tempah 800pcs & pihak lelaki 1000pcs. Kalau kad tak cukup, korang boleh "pinjam" sikit kad kawin tunang korang tu. Hehe! Jimat lagi disitu!

PERSETUJUAN KEDUA PIHAK & BERGADUH
  • Buat kad kahwin kongsi ni bukan mudah ya. Korang kena banyak buat diskusi dengan kedua-dua belah pihak. Mesti bertengang urat punya la. Ye la kan, taste masing-masing. Tapi bagi aku alhamdulillah 200% kad ni memang citarasa aku SAHAJA. Keluarga pihak lelaki tak banyak kerenah, semua terima je (Alhamdulillah)
  • Korang MESTI tunjuk draft sebelum print dekat bakal Mertua korang. MUSTI i tell you. Kalau dia tak puas hati, kena ubah jugak! Persetujuan itu penting! Jangan ada issue sebelum kahwin
  • Macam gambar bawah ni ada lirik Barakallah by Maher Zain. Ini 100% permintaan dari Emak kesayangan aku. Hehe. Dia nak lirik Barakallah okay! Aku pun okay je. Syurga dibawah tapak kaki ibu la katakan.. Kelass kan uolls! HAHAHA


BILA NAK TEMPAH
  • Kalau korang dah ada konsep dan nak design sendiri (custom/personalize) , korang boleh start design 5 bulan sebelum majlis. Dalam masa tu boleh tanya Mak/Ayah/Tunang apa yang diorang nak dalam kad tu. Hey, jangan ingat kejap tau benda ni!! Aku sendiri ambil masa yang lama nak dapatkan approval kedua-dua pihak. Aku start plan/design bulan Mei 2011--- survey harga printing, doodle, konsep, etc --- bulan Ogos dah start printing. Bulan September kad dah dapat. Haaa!
  • Biar awal kad siap asalkan selamat. Kalau last minit ni aku memang kecut perut la. Sila jangan ambil risiko ye kawan-kawan.

DEE GALLERY CARD - PANTAS & EFISYEN !
  • Kad ni aku design sendiri konsepnya tapi yang menyiapkan dia dengan jayanya adalah dari Dee Galery Card. Diorang ni sangat la profesional! Kad akan siap dalam masa DUA(2) minggu dari tarikh confirmation! Wow, cepatnya!! Yes, memang cepat! Sila order dengan mereka ye! Oh, DGC ni bertempat di Jalan Brunei Kuala Lumpur.
  • Aku confirm design pertengahan bulan Ogos dan hujung Ogos dah siap! Kualiti printing memang tip top!
Contact No : Rudy (019 693 5093)
email : rudy.dprinting@gmail.com

DOODLE by BELOG CAP AYAM
  • Last but not least, tanpa doodle ni kad aku takkan nampak comel. Hehe. Thanks to Amar Amirah dari Belog Cap Ayam. Deal dengan Amar ni sangat la best sebab dia respond sangat lah pantas! HEHE!. Aku cakap je konsep apa, then aku nak mcm mana terus Zasss dia send balik. Oh, harga dia murah je. RM25 untuk Couple Dollydle mcm gambar aku tu. Hihi!
  • Amar ni sebenarnya bakal doktor gigi yg baru habis belajar kat Indonesia. So please bare with her kalau dia terlambat reply email korang sebab she's a student! Consider la sikit ye tak? Hehehe!!!
  • Kalau korang nak order boleh lah order kat dia as below info or order kat SINI :
email : amaramirahradzi@gmail.com

Okay entry dah siap! :)

Wedding - Borang Nikah - Approve!

Hari ni semua Legal Document untuk nikah selesai. Rasa lega sangat sebab dah takda beban kat kepala ni. Kadi semua dah siap. ALHAMDULILLAH.

Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum WBT

Kali ni bukan nak cerita pasal kawin. Ni nak cerita pasal kes pecah rumah.

Pagi semalam, 19 October 2011 rumah aku kat Ukay kena masuk perampok! Perampok is perompak u see. So, cerita dia mcm ni. As my family & me naik ke bilik atas untuk tidur around 11 malam untill 6.00pg, kami tak dengar satu bunyi pun bila perompak tu masuk.

Aku sedar jam 6.30 pagi bila Mak kejutkan aku. Suara Mak tahan nangis.

"Nona, bangun. Rumah kita kena masuk orang nona. "

"Ya Allah, Ayah mana? "

"Ada kat bawah. Motor nona dia bawak lari. "

"Alhamdulillah... takpe Mak. Motor je"

Pada aku biarlah hilang barang, jangan hilang nyawa. Aku dah tak mampu dah nak hilang lagi nyawa ahli keluarga aku.

Dulu, kalau rumah kena masuk perompak orang yang paling aku risau is Arwah Atok. Sebab bilik dia betul tepi tangga. Then bilik kak Long, then bilik Mak & Ayah. Hujung sekali bilik aku & adik Fira. So masa Mak cakap rumah kena masuk org tu aku takut apa2 jadi kat Kak Long. Nasib baik. Alhamdulillah!


Syukur pencuri tak curi barang lain selain motor ni.
Syukur pencuri tak cedarakan kami sekeluarga.
Syukur pencuri lock balik pintu sebelum keluar.

Syukur YaAllah.

Barang yang hilang boleh diganti, kalau Nyawa yang hilang.... Na'uzubillahimin zalik.


Dalam Kenangan
-Yamaha Ego S - WUG 4879-

Sunday, October 9, 2011

Wedding : Pre-Wedding Photoshoot by ShutterClick Photography

Assalamualaikum everyone. Good Day!

So today kita cerita pasal wedding yang genap 60 hari lagi tinggal. *nervous okay*
Pre Wedding Photoshoot.

Lepas bertunang February lepas, tak pernah terlintas nak shoot for pre wedding ni. Ye la kan, dok kira budget nak booking pelamin, baju, andam. Tambah tolak darab bahagi semua lah. But then tetiba Along from ShutterClick Photography sms. Dia tanya bila nak shoot? I was like... "okay bila masa aku tempah ni?! ". Then Along explain yang actually my Pre Wedding Photoshoot ni disponser 100% oleh my Lovely sister, Kak Long Mira. Kak long takda kat KL masa dia booking, masa tu dia kat Glasgow lagi.

Terus macam.. Ya Allah best nya!!! ShutterClick kot! HAHA. *pengsan kejap*

Masa tunang dulu mengejut juga la. Sebab yang ada kat rumah masa rombongan lelaki datang just Ayah, Mak, Atok(arwah) & Me. Aku la yang masak, aku la yang disarung cincin. Sedih & happy semua share sorang-sorang sebab kak long kat Glasgow, adik Fira kat Batu Pahat. Kata datang merisik & berkenalan tetiba ada pula kek "Selamat Bertunang Din & Nona".
Haa..kalau nak cerita pasal tunang ni mmg kena tunggu entry lain la yer. Heheee.

Okay dah melalut. Back to pre wed punya cerita.

So, kak long amik promotion kat fan page ShutterClick masa tu.
RM500 only - shoot from January 2011 until May 2011.
Disebabkan masa tu sorang adik beradik pon takda mmg aku pilih on the very last day of the promotion, 31 May 2011. Nak tunggu kak long & fira ada. Baru la best!!

Kitorang shoot kat kawasan lapang depan Pullman & Taman Wetland Putrajaya.

Konsep.
Aku memang minat era 70's and kat rumah aku memang penuh barang antik koleksi Ayah & Atok. Baju kebaya ni pinjam my aunt punya okay sebab aku mmg tak penah pakai kebaya nyonya and kebetulan my aunt ni mmg keturunan Baba & Nyonya.

nampak lampu minyak tu? koleksi arwah atok tau!



bawak la segala bakul yang ada kat rumah sbb nak kena konsep


nampak bag kotak tu? arwah atok punya juga okay!






dah macam kahwin lari dah ni. siap bag siap bakul & payung bagai


Masa photo shoot ni memang feeling artis sangat. Susah ok nak shoot ni. Semua scene kena gelak. gelak gelak gelak gelak. letih pipi. Sebab tu nampak pipi gebu gebu gitu. hahahaha. Kitorang habis shoot lepas zuhur around 2 pm. Then balik terus singgah Shah Alam makan Nasi Ayam Seksyen 7! 2 kali tambah tau. Lapar ya lahai.

Gambar ni baru siap 2 minggu lepas. Arwah atok tak sempat nak tengok. Dia ada tanya before dia meninggal, "Kak Ngah, gambar yang kalian ambik pakai bag atok tu dah siap ke?" ------ sedih! (T__________T)

Oh ya, kerja dengan ShutterClick Photography ni memang best & gambar diorang sangatlah superb! Kalau korang berminat boleh deal ngan Mohd Ezzaidy @ Along or wife Along, Kak Nadiah Jaapar. Diorang super friendly.

And ShutterClick juga dah jadi my Official Photographer masa wedding dua dua pihak nanti. So, apa tunggu lagi? Cepat contact SC! You won't regret it!

Details :
ShutterClick Photography Facebook - LINK
ShutterClick Photography Twitter - LINK

Thursday, September 22, 2011

Ayah



Hari tu atok. Hari ni ayah.

Aku tak tau. Tapi kak rose ada cakap ini syndrome pre wedding tapi... entah la. Mungkin kot.

Aku semalam satu hari dibaluti blues. Aku pandang je ayah aku jadi sedih. padahal dia tak buat apa apa yang menyedihkan pon. aku rasa macam aku sayang sangat sangat sangat kat ayah aku. sayang yang terlampau sangat sampai bila teringat je kat dia kau akan bergenang air mata. aku bukan buat-buat sebab aku tak de masa nak berderama swasta.

rambut makin kurang. gigi makin kurang. perut makin kempis. ayah makin kurus. tapi ayah comel. ya Allah aku sedih tatau kenapa. yerla ayah pon dah berusia 51 tahun.

ayah seorang yang garang masa mudanya. tegas. kalau A katanya, maka A la. kalau kau tak solat dia tak cakap banyak, dia tinju je muka kau. ye la. kena didik anak dari kecik. solat tu kan tiang agama. kalau aku gaduh, bertekak dengan adik beradik
aku maka bersedia la kena tinju. ayah suka pakai cincin yang batu besar tu. mak aku panggil cincin buah khanna. hehe.

ayah yang aturkan hidup aku dari awal. apa jurusan aku amik masa kat sekolah. semua pilihan dia. kami takda adik/abang lelaki kat dalam family. 3 perempuan. masa kat sekolah rendah ayah suruh aku ambil Persatuan KRS sebagai ko-kurikulum aku. kalau ikutkan aku yang kaki bangku ni, aku nak ambil Persatuan Puteri Islam je. Senang, buat sandwich then jahit sikit dah.

Masuk form 4 dia suruh aku amik jurusan seni bina. aku masuk kelas 4 Neptune. Kelas ni kelas Lukisan Kejuruteraan(LK). Then, ayah suruh aku pin
dah masuk sekolah Teknik. amik course Electrics & Electronics Engineering. Aku ikutkan jugak. Tapi, dalam kelas, aku lah budak perempuan yang selalu dapat markah paling rendah. Bodoh! mmg rasa tak boleh bawak. tapi sebab ayah suruh so ikutkan jugak. SPM result ok. tak teruk. terpikir aku mcm mana boleh lulus padahal setiap kali exam aku mesti fail!

ayah suruh lagi aku masuk Politeknik. Katanya banyak amali kat sana dari teori. Course Electronics Engineering. Major in electronics. belajar punya belajar aku dapatlah Diploma aku. Dean Lists lagi. ayah bangga. aku bangga ayah bangga.

Jadi nampak? Dari awal ayah dah aturkan hidup
aku. segalanya aku tanya ayah. aku bergantung kat ayah. beli laptop tanya ayah, beli handphone tanya ayah, beli printer tanya ayah, kereta rosak tanya ayah.

entah kenapa. rasa sayang+sedih+syg sangat+sayang membuak-buak sejak 2 minggu ni.

Tuan Haji Azhar B Mohd Hassim, i love u ayah.

Tuesday, September 13, 2011

Atok

Pernah tak korang rasa yang korang rindu kat someone ni terlalu banyak sangat sampai hati ni sakit sangat teramat sangat sebab tak boleh jumpa?

Aku mengalami kesakitan tu sekarang. Aku terlalu rindu atok. Terlalu yang teramat sangat. Allah je tau kesakitan aku alami. Walaupun dalam kesibukan nak kawin, aku selalu hilang fokus nak kawin. Sampai baju nikah aku tak tempah lagi. Aku sayang atok aku sgt sgt.

Aku duduk dengan atok sejak dari kecil. Lepas arwah nenek meninggal, emak ambil keputusan untuk pindah duduk dengan atok. Sebab kesian kat atok sorang kat rumah, siapa yang nak urus makan minum atok. Aku membesar depan mata atok. Bercinta depan mata atok.

Pernah tahun lepas atok ada cakap dengan kak long suruh aku kawin sebab Din selalu ambik depan umah. Tapi masa tu aku tak bersedia lagi. Aku menangis masa atok cakap tu. Padahal atok cakap je pon, bukan paksa kawin. Duh! Tapi ini semua urusan Allah swt. Awal tahun 2011 aku dirisik oleh family Din & kami pon bertunang on the spot. Atok suka sangat masa tu. Comel sangat dia senyum.

Preparation untuk pertunangan kami sangat simple sebab kak long & adik takda bersama. Kak long kat Glasgow adik pulak kat Batu Pahat. Atok lah yang gigih siapkan tepak sirih. Gigih aku naik motor mencari sirih , kapur & gambir.

Tinggal gambar dan kenangan.

Tinggal sorang.

Aku sedih. Perit nak hadapi ni.

Wedding : Lagu Cinta

Melayan video kat facebook CST Production ditengah hari ni buat aku rasa nak cari jugak Love Song untuk video nikah nanti. Ye la kan, sekarang ni memang musim orang buat video nikah/reception. So aku pon tanak la ketinggalan. By the way, video nikah ni adalah 100% disponsor oleh My Kak Long Mira & my family. Hadiah kawin katanya. Hihik.

Alhamdulillah.

I have found a few songs yang sesuai gitu. Parah jugak activity searching ni.

Tunggu hari bahagia kami untuk aku reveal Love Song aku dan Din.

Note : Feeling artis nak teaser bagai. Gelabah

Wedding : Button Badge by Kertas Puteh

Selamat pagi semua.

Tengok wedding ticker kat sebelah tu tinggal 87 hari saja lagi menjelang pernikahan kami. So much more thing yang pending. Tapi dah ansur-ansur buat. Kadang-kadang bila kita sibuk sangat banyak benda kecik & simple things kita akan lupa.

Nak dijadikan cerita, 1 hari terfikir nak buat Button Badge untuk our Solemnization & Reception. Using our wedding doodle by Amar Amirah.
Nanti kita review pasal Doodle yang cute tu.

So, operasi searching for the best price pon bermula.
Mostly harga untuk sebiji button badge is RM3.00 untuk 3cm, using Matte Laminate. Tiba-tiba terjumpa la satu "vendor" ni kat Facebook. Kertas Puteh. Tengok hasil kerja dia sangat la puas hati sebab unik & so neat. Apa lagi, dengan pantas terus email Kertas Puteh. Dia sangat lah friendly and kerja dia memang superb! Sangat Pantas & Efisyen. Email hari ni cakap pasal details and mlm tu terus dia send email balik with the design. Tak sampai 12 hours pon okay.!Pendek kata memang kita akan berpuas hati la dengan hasil kerja dia. Berbaloi-baloi. hehe.

Dengan Kertas Puteh ni, kita boleh bincang & share pendapat dengan dia. Mcm aku bagi dia kebebasan untuk design. Aku tetapkan kaler apa aku nak & bagi dia gambaran mcm mana aku nak. Then dia akan design. If tak suka dia design, no problem! Boleh amend sampai puas hati. Bagi aku, deal dengan Kertas Puteh ni sangat la senang & happy. Oh nak quotation, nah!

Kertas Puteh Wedding Button Badge :

" Wedding badges price for size 44mm:
  • Classic gloss: RM 2/pc
  • Matte laminate: RM 3/pc

  • Wedding badges price for size 58mm:
  • Classic gloss: RM2.20/pc
  • Matte laminate: RM3.20/pc
Harga termasuk dengan design kami designkan. "

Kertas Puteh ada banyak idea untuk your wedding day. Dari kad kahwin sampai la ke door gift. Dia jugak ada buat Party Packs, Mini Fridge Magnet, Personalized Yassin & Doa Harian and banyak lagi la! Semua cute miut belaka sampai rasa nak order semua jenis! ishh

Oh lupa nak upload hasil kerja Kertas Puteh. Comel sangat sampai rasa nak pengsan. *okay over disitu*.

Presenting, our wedding button badge by Kertas Puteh.


So apa tunggu lagi, sila la LIKE facebook KertasPuteh disini or email them at heylow@kertasputeh.com

Note : Semalam, Din si tunang tengok button badge ni dia jeles & terus nak order. Sibokkk tauuuu! HEHEHE :p

Friday, August 19, 2011

6. Tak Romantis


Bila aku dan tunang aku jarang berkomunikasi romantis di Facebook. Perkataan i love you rasa macam "Hebat sungguh mereka bercinta!" HAHA.

Malu ai.

5. Gaya terbaru


Semalam aku ada tulis pasal pengayaan tudung yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Aku harus share benda ni sebab aku rasa dia pandai luahkan apa yang orang lain tak dapat nak cakap.

Nama dia Kak Senduk.

Klik sini dan sini untuk entri dia berkaitan dengan pengayaan tudung sekarang. Nama blog dia meriahuolls.blogspot.com. HAHA. Nama blog pon dah glamer gitu. Kalau korang bosan kat office tu sila la jengah ke blog dia. Aku suka dia ni. Terbaik!!

Aku suka tau!

Thursday, August 18, 2011

4. Terkesima

Bulan baik ni aku malas la nak bercakap benda yang kutuk mengutuk ni kan. Tapi aku ada point. Aku memang bukan jenis orang yang berfesyen tapi aku suka ikut trend. Trend tu bagus la tapi kadang-kadang dia tak sesuai dengan kita. Ukur baju dibadan sendiri la kan. Aku terkena jugak.

Ada satu hari tu trend Skinny Jeans jadi sebutan, cantik sangat aku tengok model model kat Berjaya Times Square tu pakai. Macam perfect gitew. So aku tak mau ketinggalan. Aku pon beli. Tapi, badan aku ni pendek & gemuk. Dah nama pon skinny jeans korang agak-agak sesuai ke tak kalau aku yang berbadan plum ni pakai. Harus la tak ses

uai okay! Macam kain balut nangka! Huduh! Nak ikut kan sangat fesyen tu kan.. Hambek la engko. Lain la kalau kau berbadan model macam si Hanis Zalikha tu or si bakal-adik-ipar Maria Elena or Maria Elena Zarul tu sendiri. Duhh!!!


Sama jugak dengan fesyen tudung. Aku tengok sekarang ni trend tudung menjadi-jadi. Aku jenis pakai tudung bawal je okay dan tudung harian aku MESTI la berwarna hitam. Tak dinafikan, aku teringin nak pakai tudung macam hijabster sekarang ni. Aku pon ada beli shawls online tapi memang simpan buat perkasam je la kan. Ada satu masa tu aku pegi Wangsa Walk Mall then masa tengah jalan-jalan kat sana tiba-tiba aku rasa macam aku kat Middle East! I was like.... "Seriously man...sumpah aku macam makcik jual nasi lemak dengan tudung bawal."

Tadi aku bukak Facebook aku then ada la gambar awek ni. Aku terkedu. Fesyen baru yang bakal menjadi ikutan gadis pingitan di Malaysia. Trend ini bakal m
enggantikan trend Hana Tajima or Yuna or siapa siapa la. Tak sabar aku nak cuci mata kat Berjaya Times Square bila style tudung ni dah femes. OMG!


Anda tertarik melihat style baru yang digayakan oleh Adik Love Bunga Querida ni. Jangan risau. Ada tutorial yang Adik Love Bunga Querida dah siapkan untuk tatapan anda. Enjoy! LOL

Ini tutorial minah ni. Ini pula Facebook minah ni. Aku suka tengok dia pakai tudung bawal macam orang dulu-dulu. Macam sweet sangat. Oh by the way, minah ni pandai make up tau. So sesiapa yang nak guna khidmat dia ni sila call dia.

p/s: Aku bukan tak suka dia. Aku suka. Aku pon bukannya perfect sangat. Duh!! Tapi...Nilai kan sendiri. Kita mampu berfikir.

Wednesday, August 17, 2011

3. A Samad Said

Semalam aku beli baju online. Bukan sebarang baju. Ni baju best!

Design sgt unik. Aku terus jatuh cinta bila tengok baju ni. Ini baju warna kuning. Ada gambar A Samad Said. Kalau baju warna kuning & ada Pak Samad dalam dia maksudnya apa. You do the math.
Aku bukan berpihak mana-mana. Aku suka design dia. Ini link ke FB TheYellowBoutique. Aku borong 3 helai okay. Satu untuk aku, satu untuk Din & satu lagi untuk kak long aku. Murah je. RM35 sehelai. Kalau beli 3 postage cost FOC!

Aku bukan budak sastera. Bukan nak campur aduk politik. Tapi aku suka Pak Samad ni. Kalau kau orang follow Twitter dia, ada banyak quote dia yang korang akan rasa "Eh Sempoi la Pakcik ni" atau "Eh best doh quote dia" ataupun "Apa la org tua ni mengarut".

Nilai kan sendiri. Kita mampu berfikir.

"Cinta lalu: Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Cinta kini: Makan setalam, tidur setilam, mandi sekolam." - A Samad Said


Friday, August 12, 2011

2

Since nak start balik blogging, aku dah tukar entire blog template.

Feeling feeling nak mulakan hidup baru la gitu. HAHA!

Ni layout baru. Fresh okay!

Ni layout lama. Classy.


Bila aku check balik blog ni..punya la banyak aku nak cerita. Ada 12 entries dalam draft. Okay!!

1.

Its been a while aku biarkan blog ni kosong. Almost a year. Banyak yang dah jadi dalam hidup aku sekarang. Banyak benda yang datang. Banyak benda yang pergi.

Aku suka menulis. Bila aku sedar aku tulis di alam maya which is sesiapa pun boleh baca, aku jadi MALAS NAK UPDATE! bolehhh? Lepas aku sedar ramai kawan yang baca blog aku, aku jadi rimas. Feeling superstar gitu. Aku mula menulis balik dalam Diary..like a old time.

Aku bercinta selama 6 tahun kemudian bertunang. Tinggal lagi 4 bulan menjelang pernikahan kami.
Aku kehilangan insan tersayang. Atok. Tak mampu nak tulis apa apa lagi pasal atok. Sakit hati ni sebab menanggung rindu yang terlampau. Aku redha. Cuba kumpul kekuatan untuk hadapi semua ni. Aku bajet aku kuat. Rupanya.
Aku kehilangan kerja yang aku impikan. Freelance planner untuk Microwave. Atas alasan apa aku tak pasti. Aku redha.
Aku accident dah 2 kali sejak ada motor ni. Semua kena area ampang. Rosak tangan aku.
Aku masih kerja di company yang sama. Dah masuk tahun ke 2 setengah dah. Still takda kenaikan gaji. Still takda kenaikan pangkat. Yang ada workload yang berlambak.

Aku nak cari rumah untuk duduk lepas nikah nnt. Banyak pulak masalah. Ya Allah.