Pages

Friday, December 20, 2013

I love you son.

Hari ni mama ter emo sikit sebab teringat kat arwah Onyang Afeef Ali.


Atok, nona rindu atok. Sangat.

Al Fatihah.

Cik Puan Mimi 1st Give Away


Happy Friday! Assalamualaikum.

Hari ni free sikit so buleh la up entry utk join Cik Puan Mimi 1st Give Away.

Cik Puan Mimie ni Geng Gojes Blogger Supermom & Baby jugak. 

Nah ni link utk join GA Mimi nih.
Blog Mimi a.k.a Ibu Rafif : http://cikpuanmimi.blogspot.com/

Syarat-syarat nak masuk GA ni simple je. Korang pun boleh join gak. 

TERMA & SYARAT!
  1. Follow blog Ibu Rafif ni dulu. Nah link ke blog dia LINK
  2. Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best)
  3. Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) 
  4. Once dah join, nanti tempek link di ruangan komen ye.
  • Tarikh tutup GA : 31.12.2013 [SELASA]

Hey Ho! Let's join!

Habis segala benda nak dimasukkan dalam Play Tent dia nih. Tgk tu, bantal peluk katil mama & papa pon disumbatnya!

Hai la anak!!!

Bestnya hari Jumaat dah. 

HOLIDAY!!!!

Thursday, November 28, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Assalamualaikum.

Hari ni rasa macam nak join je Micha punya 1st Giveaway.
Hihihik! 
Mcm best je... mcm best je.

Eh, siapa Micha ni? 
Geng Gojes Blogger Supermom & Baby aku la. 

Nah ni link utk join GA Micha nih.

Syarat-syarat nak masuk GA ni simple je. Korang pun boleh join gak. Micha tak bias okayyyy even korang bukan geng gojesmojes nih.

Tema GA ni :
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.
  • Tarikh tutup GA : 1.12.2013 [AHAD]

 Jojom join!!

"mama, sorry Afeef terkentut la ma. Busyukkk sikit. hihihi"


Gambar ni masa kenduri kawin sepupu dekat Sentul. Afeef Ali dah penat pastu dia suruh mama dia dokong dia. Pastu dia buat muka seposen tu ha. Sebab dia penat,panas,lapor & ngantok.

Thanks Micha sudi jengak blog suam-suam kuku ni ahahahah! 

Sunday, October 13, 2013

Sunday, September 29, 2013

Pantai Kelanang, Banting

How i spent my weekend....???!!

AT THE BEACH YO!

Papa cuti weekend ni ao kami balik Banting, rumah Uwan Afeef. Rumah Papa Afeef.

So petang Sabtu tu lepas asar terus shoot ke Kelanang.

Afeef biasalah takut pasir. Tapi lelama okay dah. Pheww.

Kena biasakan dia main air nih. Takut sgt dengan ombak and pasir and air laut sampai menggigil badan.

Nih dah okay sampai taknak balik rumah pulak. Dah pukul 7petang pon still nak berendam. Tapi takpe esok pagi mama bawak afeef mandi pantai lagi ye.

Weeeeeeeee. Mama yang happy benornye. Hihi.

Saturday, September 28, 2013

COTTON CANDY : Personalize stamp & Doillie Paper

Salam semua.
As you all know, Cotton Candy ni dah jadi satu trend sekarang untuk upacara nikah, birthday, aqiqah or even house warming as a door gift.

Banyak customer yang nak add on sticker tapi sbb saya tak buat sticker service so ramai yang kuciwa. Sorry uols.

So now, saya dah sediakan satu service yang best iaitu PERSONALIZE STAMP.

Untuk add on service ni just add on RM0.30-RM0.50 SAHAJA. (Harga base on design).

Just bagitau details macam nama tuan punya event or any related info then i'll come out dengan a few design. 


NOTA : DESIGN BOLEH TUKAR 3 KALI SAHAJA.



So, ini contoh customer order untuk Birthday Adik Fariesha yg ke 7 tahun.
Happy Birthday!!! ♡♥♡♥

Jom tengok link ni jugak Cotton Candy 1, Cotton Candy 2

Sebarang pertanyaan terus ke nombor saya..
0182007810 (nona)









Friday, September 13, 2013

Wuddup

Macam dah besar je kan budak nih. Haihhhhh.


Malam tadi...before tido. Rutin biasa lah main remote TV.

Sebenarnya....

Mama RINDU Afeef. Hihihi

Thursday, September 12, 2013

Product review : emLyn Tie & Dye Skirt




The truth is---- i wanna to be a better muslimah! Ini serius. No more rugged Nona yang pakai seluar ketat2, tudung selimpang, baju smurf lusuh & cardigan. Arghh! Eh... tetiba luahan perasaan plak. Duh!

Ok, back to the story ~~~~



email : emlyn.info@gmail.com

Tetengah browse koleksi emLyn ni kat instagram tetiba nampak lah skirt nih. Memang taste aku lah kan -- hitam & rainbow. 

Harga ok, affordable RM65.
Material : Cotton sejuk & berat. Kalau pakai dia elok je jatuh.
Service : Tip top. Reply email dlm masa 24jam. 
Barang dapat dalam 2 hari je. YAY!

** take note that all items dia reserved within 24hour je. so bayar cecepat!

So, enjoy the picture.

The Skirt
Wrapping paper from emLyn
The Skirt
The Skirt lagi *berapa kali the skirt pon tatau la*

Instagram emLyn


HIGHLY RECOMMENDED!!!! :)

me wearing the skirt. ok malu! bye!

Food review : Kari Peranakan @ Sakura Kristal

Hari khamis maknanya lunch ke Sakura Kristal, Festival City la jawabnya. Sebab nak grab Tuesday Thursday Deal, Seafood Kari Peranakan Set tu.

Affordable la, RM10.90 ----- sekali nasi, air & Kari itu.

Kalau hari biasa selain Khamis, harga semangkuk RM20++. Mahal T_T

Ok nah ni rupa kari tu. Rasa dia mcm Asam Pedas tapi bubuh santan. haaaaa orang Melake suka le nih. hihihik. Nanti kalo Mak Etty datang KL aku nak belanja dia makan ni. Dia kan org melaka. Tau Etty tau! Hahahak!

Enjoy the picture.
Ini lah dia rupa Seafood Kari Peranakan itu. Nyum Nyum
Seafood Kari Peranakan.
Dalam dia ada ketam, sotong, fillet ikan, & udang
Sayur : Terung, Bendi, Kacang Panjang & Carrot
Burp! Surut dah...
Ingat! hari KHAMIS je tau yang murah. 

Ice Lemon Tea sekali satu set. *tak habis*
Kepah besau ni tak termakan. Sebab besau sangat. :)

HIGHLY RECOMMENDED!! :)

Tuesday, September 10, 2013

i LOVE you dear Husband & Son



Muhammad Afeef Ali 

Mohd Khairulizudin

----- saya sayang kamu semua sampai saya mati.


Custom made t-shirt for birthday from Kiut Kids @ #AfeefAli1stBirthday

Assalamualaikum semua. 

So, ramai yang tanya masa Birthday Afeef hari tu tempah baju kat mana? Well, kalau nak tempah boleh je dekat KIUT KIDS


Aku dah 2 kali deal dengan Kiut Kids ni. 
  • Masa tempah baju untuk Din for Father's Day . Simple blue tee and wording dia "Papa since 2012". How cute was that! hehehe. My husband LOVE it!
Father's Day tshirt for the Husband! 

  • Muhammad Afeef Ali 1st birthday party with a simple wording "Birtthday Boy Afeef Ali" **siap ada moustache lagi*


Simple yet nice.
the shirt in size 12month
Haha ni gambar dari Instagram. Weeeeee!



Oh baju ni 100% cotton so tak la panas kalau budak nak pakai and buleh masuk mesin basuh.  Deal dengan Kiut Kids ni super senang---straight forward!

HIGHLY RECOMMENDED!!! 

Friday, September 6, 2013

Afeef Ali 1st day @ Nursery


Sebenarnya, MAMA AFEEF YANG OVER LEBIH! 

Ikutkan hati memang taknak hantar Afeef gi nursery. Biarlah Wan Busu dia jagakan kejap sementara Nenek Afeef nak pergi kelas usrah. Alah, 3jam sajok!

Tapi bila fikirkan, sampai bila nak susahkan orang lain. Kang ada pulak mulut2 yang mengata, "beranak pandai, nak jaga tak reti...susahkan org lain".. kan tak sedap tu.

Wan Busu memang ON je kalau mintak tolong dia jagakan Afeef dalam 3jam. Tapi, tengok Afeef pon kesian nak bagi dia berkawan pulak. Nak dapat adik lambat lagi (misi 2015) so Mama ngan Papa decide hantar Afeef gi Nursery. 

Dia charge 1 jam = RM5.00. *ok ker?*

Ok ke eh? Tatau la sebab tak pernah pulak hantar Afeef kan. THIS IS THE VERY 1ST TIME!!!!!

So, malam tadi dah siapkan beg dia.

Pampers x 3 pcs
Baju Siang x 2 pcs
Biskut sedap Afeef x 1box
Air masak x 1botol
Towel x 1 pc
Susu tepung Karihome step 3
Lampin buat lap x 1 pc

Afeef good boy dia bangun awal pukul 8pg tadi. Terus mandikan dia and siap2kan dia. Ajak nenek Afeef ikut hantar sekali sebab takut drama air mata pulak kan! *mama Afeef mmg drama queen*

Nenek Afeef kelas usrahnya start pukul 9am++ so ajak sekali pi hantar. Dah sampai kat Nursery tetiba nampak kelibat Atok Afeef naik motor!!! Atok dia pon hantar sekali daaa! Leh aku bayangkan kalo Afeef masuk darjah 1 nanti mmg rombongan cik kiah lah ke sekolah! Bahahahaha!!!

Tengok budak lain masuk sama time ngan dia

Afeef ngan Nenek Zuraidah
Mama ilek je okay, Afeef dah Big BOY tak nangis!
Ehhh, ada kawan la ngah nyanyi2. Nak join la!

Sampai office pukul 9.45am call Aunty Zura tanya pasal Afeef. 

"Afeef okay, dia tak nangis tengok kawan-kawan dia nyanyi" 

Tenang lah sikit mama nya si Afeef nih! 


p/s : karang nak pi kepoh sekali la ngan Nenek Afeef pi amek Afeef. hahahaha!