Pages

Sunday, October 17, 2010

Boleh Pandang Tak Boleh Pegang Okayyy!


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Thursday, October 14, 2010

Bila semua dah open minded

Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.

Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'.

Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.

Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?

Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.

Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.

Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.

Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).

Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?

Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.

Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan?

Dipetik dari Malaysiakini. Penulis adalah TYDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti malaya merangkap Timbalan. Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda 2010/2011.

Komen aku:

Kadang-kadang aku rasa macam bukan kat negara Islam. Nak makan pon takut sebab tak tentu HALAL ke tak. Aku takut apa akan jadi 5 tahun akan datang pada aku. Lebih takut bila Imam Mahadi & Nabi Isa turun ke bumi. Bulu roma aku tegak! Aku ngeri.

Tuesday, August 31, 2010

Sakit Mata Aku Dengan Cara Penulisan Kau

Oh tidak! Mata aku makin semak. Semak sebab korang tulis macam hape ntah. Aku tak paham kenapa korang perlu type macam tu. Kenapa? KENAPA?

Majoriti budak yang type ayat menggunakan cara macam ni adalah budak sekolah menengah. Aku admit, dulu aku sekolah juga tapi takda lah type sampai macam tu sekali. Mungkin faktor usia aku yang sudah sedikit tua (23 tua sgt kah?) membuatkan aku tak paham sepatah haram dan aku terpaksa membaca text tersebut berulang kali barulah aku faham maksud dia.

Masa aku Form 3, zaman Linkin Park & Avril Lavigne ---- aku dan kawan-kawan amat lah kipas-susah-mati Linkin Park ni. Cara penulisan budak zaman aku lain pesen nya dari budak-budak sekarang. Aku faham apa yg di-sms-kan oleh kawan-kawan aku dan tak perlu nak baca 3 atau 5 kali.

Trend penulisan zaman 2000:
"Weh, malam kunk kau boowhut homework tuck? Calau kau boowhut aku nuck tiroo kau esork sebelurm Puan Haslina masurk boleyh tuck? Aku boodooh tuck reti boowhut Math ni larh"

Wow! Tak percaya aku boleh paham.

Sekarang dah ada cara baru. Yang aku sendiri nak paham pon susah. Terpaksa baca comment dalam FB or YM 20 kali.

Trend penulisan zaman 2010:
"Aq rasew aq sakit pewot lawh! Aq tetap cun walaupown aq sedang sakit pewot ann!"
"Baruw paz sahur"
"aku neh stand no bpe la en lam list yg pat meet kaw nuh.oke , nnty aku tuntutt yaw" (Oh apakah?)

Napew kaw perluew cakap mcm tuh! Napew adew EW EW EW belakang ayat kau! Napew kaw type AQ instead of AKU? Napew Napew? Hew Hew Hew! Buduh!

Bukan budak sekolah je guna cara ni tapi kawan-kawan aku yang dah bekerja pon selalu guna cara mcm ni. Oh tolong. Aku rimas.

Sorry kalau entri ni macam annoying tapi sumpah aku super duper annoying dengan typing yang sebegini rupa!

Tapi, annoying ni aku suka! HAHA





Friday, August 27, 2010

Param lah weh

Jujur aku cakap aku rasa macam katak bawah tempurung. Sejak aku dah kerja aku banyak biarkan OTAK aku ni mati. Tak mau berfikir apa-apa lagi. Aku just ikut rutin harian untuk bangun pagi HANYA untuk menyiapkan kerja-kerja di office ---- SETIAP HARI. Kerja aku tak lah susah mana just tedious sebab aku deal dengan Goverment. Jadi, paham paham la ya! HEHE. Oh aku kerja di salah sebuah syarikat TELCO yang ada kat MALAYSIA ni. Tak banyak pon syarikat telco yg ada--- Maxis, Celcom, DiGi, U mobile & Tune Talk. By the way, aku saja je mengada nak kaler kan Co.Telco tu ikut theme dia...saja je gatal. HAHA

Aku baru tahun ni tau yang PaRam tu ialah Pasar Ramadhan! HAHA. Sebab selama ni aku panggil Bazaar je. Kesian kan. Sampai ada banner PaRam KL lagi okayy!


Wednesday, August 25, 2010

Pakai Tudung Tidak Layak Kerja


Kes ni terjadi kat salah seorang hamba Allah ni. Aku dapat email kat office hari tu. Ah takde masa nak post kat sini. Ni aku copy paste balik. Lama dah cerita ni---kira dah basi juga lah. So, korang baca je ye.
___________________++_____________________++______________________

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju

kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan

perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.

and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni…

————————————————————————-

Aa’ha said, (interviewer tersebut)

March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!

Let me say this;

U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework

pasal

you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview

and we’all trackback ur blog.

we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.

guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak

accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial

dan pakai tudung macam mak nenek!!

kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab

u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan

zaman nabi dulu!!

and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org

yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem

masjid ke?

chill……….

_______________________++_____________________________++________________________________++____


DIa baca weh blog kau. Dia google nama kau. Contoh ye, Kalsom bin Abdullah. Aku main pilih je nama ni. So now aku goole nama ni then this is the outcome:


sekali Sultanah daaaaa.... HAHAHA


OKAY, aku petik nama lain. HAFIZAH HASSAN

Tadaaaaa, hamek ko. Sekali tiga personal things dia dapat. Blog,Facebook & Fotopages.

Kau baru je nak mintak kerja baru sekali tengok dia dah jadi STALKER blog kau. Eeee aku MALU le.

Monday, June 14, 2010

Ikhlas lah

Kawan ni kena ikhlas. Kalau kau tak ikhlas baik tak payah kawan. Kau jangan buat taik ngan orang lain sebab hidup ini macam RODA aja. Kejap kau kat atas, kejap kau kat bawah.

Aku seorang yang pandai bermuka-muka. Cukup pandai. Kalau aku benci seseorang ni aku cukup pandai nak cover line kebencian aku kat dia. Haha. Ini adalah anugerah yang aku ada. Tapi, bermuka-muka ni ada tahapnya. Aku rasa aku tak mampu nak tahan lagi.

Kenapa wanita yang lanjut usia (30 ke atas) ni mesti mencari suami orang? Kenapa? Cukup aku keliru. Kau tak fikir ke perasaan isteri tu? Anak-anak dia? Kau tau kau bahagia. Tolong lah. Menjadi kepantangan aku bila main hal-hal macam ni.

Nak bermuka-muka pon dah tak larat.
MELUAT GILOS!

ok bye.

Sunday, June 13, 2010

Jangan Jadi Bodoh

Lama sangat aku dah tak update bolg aku. Banyak sangat kerja. Jadi hari ini aku gagahkan juga.

Perempuan kalau bercinta memang seratus peratus setia. Bila lelaki curahkan ayat-ayat lentok hati semua akan cair.

"Budi memang betul cintakan aku sebab dia selalu belikan makanan aku tiap-tiap malam"

"Joe memang kekasih aku yang paling setia sebab tiap kali jalan bersama dia akan pandang lantai bila terserempak dengan wanita HOT"


Haha.
Tapi, bila cinta itu tak kesampaian ke tahap yang kita inginkan, kita akan kecewa sangat. Semua akan kecewa. Tapi janganlah sampai kau tu jadi wanita rendah tarafnya.

Masa bercinta kau seorang perempuan baik. Pakai tudung, pakai baju semua jenis cukup kain. Ikut perintah teman lelaki kesayangan.
"Lisa, pakai tudung tau. Baju jangan dedah-dedah. Bakal isteri kena ikut perintah suami tau ".
Oh berbunganya hatiku.

Tapi bila dah putus cinta kau berubah. Kalau berubah ke arah lebih baik dari sebelum ni tak apa.
Kau berubah ke arah yang tak sepatut nya tu kenapa? Kau free hair. FINE. Bukan urusan aku. Kau hisap rokok. FINE. Bukan urusan aku. Kau tindik lidah. FINE. Bukan urusan aku. Tapi jangan mengadu kat aku kau buat semua ni sebab kau nak bekas kekasih kau bencikan kau.

Watefudge.

Kau kawan aku. Aku sayang kawan aku. Kau tu bukan culture shocked kan? Kenapa kau tak jadi lebih berjaya dari sebelum ni? Haih. Tak berani nak cakap lebih.

Nilai sendiri diri kau. Kau aja tahu diri kau tu macam mana.

Saturday, April 17, 2010

Kata Hati

please oh please. i really miss u. i really really do. ahh. dulu aku tak mcm ni. freaking loving. shaits!. ok fine marah dengan diri sendiri. mane tak marah, kalau tak msg 1 hari leh jadi gila. yup. dulu ego aku gila punya tinggi. ''huh, stakat tak msg aku kental lah!!''. sekarang?? ape dah jadi? ish. kenape aku jd mcm ni. tak suka la. kang dia pulak rasa ''ok, fine nona xleh idop tanpa aku so aku leh buat taik kat dia''. YES!!! memang aku -ve thinker. so what?. huh!! I MISS U DEAR KHAIRULIZUDIN. DEM. aku sendiri x paham ngan diri aku. bYe.

Monday, April 5, 2010

(^_^)v

Quick one.



  • Date. Movie (Clash of the Titans) @ Cineleasure Damansara. Lepak-ing at Arcade Centre @ Tropicana City Mall.

  • ABPBH 2009.

  • Tido.

Mak sesema. Ya Alla, mintak2 lah bukan penyakit tersebut. Sian mak takleh tido. Kena tido duduk. Sian mak.


Movie Review:


CLASH OF THE TITANS.


Basically cerita tersebut adalah cerita Hercules. But hero yg dlm cita ni nama dia Perseus bukan Hercules. Overall cita ni best la. But aku lagi prefer tgk battle Perseus dgn Giant Scorpions dr dgn Kraken. Sgt anti-climax ok. Kraken tu dah "rooaaarr.. rooooarrr'' nak makan princess of Argos yg kena jadi 'hadiah' kat Kraken tapi last2 bila Perseus kasi tunjuk kepala Medusa yg dia dah pancung tu tiba-tiba.. Kraken tros jadik batu.


Hati aku macam "Erk, dah mati dah? Kejap gila tak sampai 5 minit dah crash crash boooom".

But Medusa is sooo soooo soooooooo pweetyyy. Damn. Aku geli sikit ngan haiwan2 reptiles ni so aku dah geli di area buah pinggang aku. **kalau geli mmg bahagian tu yg akan geli kan?**


Haha. Well, as i said before aku ni membesar ngan cartoon Disney so bila Pegasus(kuda terbang) si Perseus ni colour hitam and tak putih mcm Walt Disney punya aku macam frust sikit. Sbb kalau putih damn cute & unik. Aku suka. Ni mcm kuda si Hades ni kalau colour hitam.



Ni Hercules & Pegasus (white colour version). Aku suka suka suka.

Stars for CLASH OF THE TITANS: 3.0 stars.

Saturday, April 3, 2010

Loike : Men Music

This guys really is an awesome ppl. Kalau sedih, frust, tension or apa2 feeling yang mengundang jiwa raga, aku akan carik mereka utk berhibur. Sumpah aku akan rasa on top of the world balik. haha.


Green Day

Sheila On 7


Linkin Park


Franz Ferdinand

The Killers


Glay - I'm In Love
C.N. Blue - I'm A Loner

The Blue Van - There Goes My Love

Lee Min Ho - My Everything / Extreme
=3


Super Junior - Sorry Sorry

& the person who i LOVE the MOST!!
































Ayah & Din & Atok.

.MUSIC OF MY HEART.


p/s: thanks for making my day even better for every single day.

Friday, April 2, 2010

Sweetchat & Arwah Meor




Damn! Busy gila ok. On 29th Mac aku MC. The next day sampai office tgk ada Hadiah atas meja.
A bundle of AA's need to be verify. Aku hanya mampu tarik nafas & senyum aje. Well, tgk la seminggu dua ni mesti aku moody-down-moody. Sbb aku stress. Takpe. Kerja pelan2.

Last Tuesday after office hour hang out ngan Kak Rose & Kak Husna kat Sweetchat. Semua makanan dia best-best. Aku tgk menu terus nak makan Pulut Kuning & Rendang Ayam. Mcm lah tak penah makan pulut kuning. Gelabah je. Kak Husna order Smoked Spaghetti ape tah. Haha. Actually kuah spaghetti tu mcm Masak Lemak Daging Salai. Sumpah!! Haha. Kak Rose makan Black Papper Spaghetti yang memang sedap! Umph!

Pis yoww Kak Husna!!

Kak Rose :)

Nasi Kunyit with Rendang Ayam. (4.0 Star)

Selekeh kan ye aku tau!

Muka kekenyangan

Gembira muka Kak Husna lepas makan. hahahaha

Semangat bercerita. Hoyeh!


So geng, aku rekomen Sweetchat ni kat korang. Harga memang best. Berbaloi juga. Ada banyak manisan masakan melayu mcm Bubur Pulut Hitam, Durian Pancakes and many more. Google saje Sweet Chat ok. Ia terletak kat Berjaya Times Square, LG Floor kat Centre side.

Aku google je gamba ni sbb hari tu lak amek pon.


AL-FATIHAH untuk arwah Abg Din Beramboi.

-1966-2010-








Tuesday, March 23, 2010

Perlu ke?

SUMPAH aku benci... eh tak suka style amik gamba mcm ni. Maaf ye.


perlu ke bibir mcm tuh. Kau mmg dah comel tayah buat mcm ni lagi.


Please. Stop it!



Hatiku terganggu. Sumpah aku emosi.

Monday, March 22, 2010

Short

I`ve cut my hair. =)
From this
to this

Well, takkan aku nak publish gamba aku free hair kan? Duhh.


Tuesday, March 16, 2010

SweetCorn Rider


I LOVE MY DAD SO MUCH !!
C:

Air

Gunung Jerai. The mountain is about 1300 meters above see level and it is also the highest mountain in Kedah. Highest ok. Mcm mane atas bukit leh ade kulit sipot? Tanah kat sane mcm berpasir. Mcm kat tepi pantai. Well, aku dengar ceramah last week.

Katanya Gunung Jerai ni adalah kawasan pantai. Maknanya ia dikelilingi oleh air ataupun laut. Jadi, kita yg bertapak di Kuala Lumpur ni sebenarnya dulu kala ialah Laut. Laut i tell u. Gunung yang tinggi tu adalah pantai. Di sebabkan anak cucu Nabi Adam A.S nak berkembang maka Allah s.w.t perintahkan air tersebut beku di kawasan Kutub Utara. Jadi adalah ruang untuk hambanya berkembang sehingga ke hari ini.

Kita suma sedia maklum kiamat makin hampir. Tsunami sana sini. Gempa sana sini. Kita suma tau ais di Kutub Utara sekarang makin cair. Bila Allah s.w.t perintahkan ais tersebut cair dan pulang ke tempat asalnya... Maka tenggelamlah kita. Sbb asalnya kita diliputi oleh air.

Kenapa aku post entri ni? Aku takut. Kiamat makin dekat. Taubatlah nona. Tiap kali hari khamis mesti takut. Takut esok bangun dah kat alam barzakh. Adoi. Mengucap.

Jangan la pulak korang bayangkan cita 2012 tu. Takut terpesong akidah.

Monday, March 15, 2010

Perlu ke?

Fuh entry kedua dlm masa 20 minit.

Perlu ke kalau aku accident aku patah teruk? Perlu ke? Ke nak aku accident terus patah kaki tgn or mati terus? Adoi.

Budak belasan tahun, Acah-acah Barat

Last Sunday, tgk Alice in Wonderland. Ok la. Best jugak. Tapi, bila aku membesar dengan cerita Walt Disney ni expectation aku tinggi. Mungkin aku terbiasa dengan cara Blue Caterpillar bertanya khabar kat Alice.

"Whoooo areee youuu?" Nada Blue Caterpillar sangat menjengkilkan. Tapi itu yang aku harapkan.
Tapi mungkin aku ni terlalu ikut-ikutkan Alice in cartoon version. Anyway, Alice best jugak la. Tak rugi tgk. Oh ramai parents bawak anak diorang. Suweet. Share seat 1 family kat couple seat. Haha. Jimat. Aku bg 4 over 5.

Next, movie marothon kami ialah V3: Samseng Jalanan. Aku bangga bila cerita kat M'sia nih nak "improve" mutu karya dorang. Aku suka. Macam berbaloi sangat beli tiket. Ada a few scene aku tak rasa logic. Intan Ladyana nak pi meeting pastu si Farid langgar pintu kereta dia. Bla bla bla.. So Farid hantar si Intan ni kat opis. Pastu si Intan turun pastu kiss Farid. Erk.. Tapi, kenape si Intan Ladyana tetiba kiss si Farid Kamil? Pastu ish. Baru kenal kot. Ok ok. Mmg pkran aku kolot so what? Byk lagi mcm tak leh blah cita ni. Tapi full dgn action. Boleh la. Aku bg 3 over 5.

Cerita ni nak acah-acah kebaratan. Ah. Lantak la.

But the thing is, dalam cinema ada a few budak sekolah yang menggelarkan diri mereka Rempit la kononnya. Buat havoc dalam panggung. Jerit sana jerit sini. Gelak cam cilaka. WTF? Dah abis cita tu dok bising lagi. Aku cukup pantang dengan dak2 mcm ni. Nak perhatian lebih ke dik? Mak ayah kurang bg kasih syg ke? Uhh.. Terganggu emosi aku. Bukan aku perfect sgt but gila la korang. Aku benci. Huhh.

Oh, Din selamat sampai kat Perak. Syukur

Friday, March 12, 2010

Accident

Semalam balik lewat kol 9.30 malam.
Aku ikut Jalan Tun Razak.
Depan Victoria Station aku kene himpit ngan 2 ekor Bas.
Aku elak but... Tak lepas. Aku jatuh. Sakit. Lebam kaki tangan aku belah kiri.

Sakit. Nasib baik ade brader blakang tolong. Kalau tak.
Dah kene gelek aku.

Aku baca doa naik kenderaan.
Sampai rumah bgtau ayah. Ayah tak marah.
Ckp ngan ayah jgn bgtau mak. Ayah kata OK.

Pagi tadi mak masuk bilik. Tanya pasal accident tu. Haha.
Kantoi jugak.


SAKIT. (T_T)

Thursday, March 11, 2010

Kopi Kucing

Bangga bila ditiru. Hahaha.
Takut bila ditiru. Erm..
Atas nasihat Orang Lebih Tua, BERJAGA-JAGA saja lah.

"Kawan Boleh.. Rapat Jangan"

Bila aku berkawan aku ikhlas. Sangat ikhlas.
Genetik ayah memancar-mancar kalau bab kawan ni.
Tapi, tolonglah.
Jangan melampau.
Aku bahagia. Jangan rosakkan mood aku nak berkawan.

Aku bagi kau 1 lagi peluang ok. O yeh! Terbaek!

Report dah berbulan tak hantar. Hari ni padan muka kau nona.