Pages

Thursday, August 18, 2011

4. Terkesima

Bulan baik ni aku malas la nak bercakap benda yang kutuk mengutuk ni kan. Tapi aku ada point. Aku memang bukan jenis orang yang berfesyen tapi aku suka ikut trend. Trend tu bagus la tapi kadang-kadang dia tak sesuai dengan kita. Ukur baju dibadan sendiri la kan. Aku terkena jugak.

Ada satu hari tu trend Skinny Jeans jadi sebutan, cantik sangat aku tengok model model kat Berjaya Times Square tu pakai. Macam perfect gitew. So aku tak mau ketinggalan. Aku pon beli. Tapi, badan aku ni pendek & gemuk. Dah nama pon skinny jeans korang agak-agak sesuai ke tak kalau aku yang berbadan plum ni pakai. Harus la tak ses

uai okay! Macam kain balut nangka! Huduh! Nak ikut kan sangat fesyen tu kan.. Hambek la engko. Lain la kalau kau berbadan model macam si Hanis Zalikha tu or si bakal-adik-ipar Maria Elena or Maria Elena Zarul tu sendiri. Duhh!!!


Sama jugak dengan fesyen tudung. Aku tengok sekarang ni trend tudung menjadi-jadi. Aku jenis pakai tudung bawal je okay dan tudung harian aku MESTI la berwarna hitam. Tak dinafikan, aku teringin nak pakai tudung macam hijabster sekarang ni. Aku pon ada beli shawls online tapi memang simpan buat perkasam je la kan. Ada satu masa tu aku pegi Wangsa Walk Mall then masa tengah jalan-jalan kat sana tiba-tiba aku rasa macam aku kat Middle East! I was like.... "Seriously man...sumpah aku macam makcik jual nasi lemak dengan tudung bawal."

Tadi aku bukak Facebook aku then ada la gambar awek ni. Aku terkedu. Fesyen baru yang bakal menjadi ikutan gadis pingitan di Malaysia. Trend ini bakal m
enggantikan trend Hana Tajima or Yuna or siapa siapa la. Tak sabar aku nak cuci mata kat Berjaya Times Square bila style tudung ni dah femes. OMG!


Anda tertarik melihat style baru yang digayakan oleh Adik Love Bunga Querida ni. Jangan risau. Ada tutorial yang Adik Love Bunga Querida dah siapkan untuk tatapan anda. Enjoy! LOL

Ini tutorial minah ni. Ini pula Facebook minah ni. Aku suka tengok dia pakai tudung bawal macam orang dulu-dulu. Macam sweet sangat. Oh by the way, minah ni pandai make up tau. So sesiapa yang nak guna khidmat dia ni sila call dia.

p/s: Aku bukan tak suka dia. Aku suka. Aku pon bukannya perfect sangat. Duh!! Tapi...Nilai kan sendiri. Kita mampu berfikir.

No comments: