Pages

Monday, November 26, 2012

LBS : Katerina. Thanks Redmummy & EBM Stock


Hari ku yang mendung sebab kat rumah tetiba black out, kini dah menjadi cerah sebab Redmummy bagi 2 tiket tengok LBS:Katerina.

Thanks Kak Red.

Maka esoknya aku dengan sang suami, En Din akan menuju ke Pavillion jam 8malam. Takleh la nak direct pegi dari office. Harus la balik rumah dulu, jumpa anakanda kesayangan si Afeef Ali tu kan.

Tak sangka dapat tiket sebab tau kan kak Red tu ramai la followers nya! Lepas dia soh email aku pon bukak gmail, compose email and SEND!

Eksaited nak tunggu reply kak Red bertukar menjadi nightmare sebab tetiba Emak sms cakap
"rumah black out dah 15minit"

Aku punya la nervous sebab terus terlintas dalam kepala ni is EBM Stock aku kat freezer tu.

stock setakat 8 November lepas
Sayangnyaaaaa!!!!! kalau la semua susu tu cair! OMG OMG OMG! 

Panic Attack!

******************   e d i t   ********************

Emak sms lepas 30 minit kejadian blackout tu :

"Alhamdulillah, letrik dah ada"


Phewww lega! Chicken dance jom!!! :D

Oh oh, kak red pon reply email. She gave us 2 tix for LBS premier tomorrow!


Alhamdulillah. Rezeki time hujan. #Eh!

Thursday, November 22, 2012

Nama ada Makna

Masa aku mengandung dulu, hampir berbulan-bulan jugak lah aku pening memikirkan nama yang nak bagi kat anak yang bakal lahir nih. Tetiap hari aku google maksud setiap nama yang aku berkenan. Then kalau aku dah rasa sesuai nama & makna nama tu, aku akan tulis dalam buku nota aku sendiri. Hampir 10-15 jenis nama lah yang aku dah senaraikan untuk anak aku ni.

Bagi aku, memang tak suka nama yang terlalu english. Contohnya Heykal, Aaron . Yela, walaupun aku minta Aaron Aziz takda la sampai nak terjebak nak letak nama anak Aaron. Sebab Aaron dalam Bahasa Melayunya ialah Harun. Kan!Sebab bagi aku tu macam takda makna untuk baby beragama Islam.  Baik aku letak nama anak aku Harun je. Aku suka nama yang simple. Senang nak sebut, eja, panggil. Kalau boleh aku elakkan nak panggil nama singkatan untuk anak aku tu. 

Macam aku, nama Nadiah. Panggil NONA. Apa kejadah makna nona tu? Buah nona ada la. Tak pon Nona Naga. Mak Ayah aku penat pikir nama aku N.A.D.I.A.H yang bermaksud Kejayaan. Kalau orang panggil aku nona...nona, bila la nak mencapai kejayaan tu. Percakapan tu kan macam satu doa kan?. 

Macam suami aku pulak nama dia Izudin. Orang panggil dia Din. Dua-dua maksud sama; Agamaku. So, ini tak jadi hal. Case closed!

8 bulan aku dok plan nak letak nama apa anak aku nanti. Last-last aku berkenan nama Afeef ALi
Afeef bermaksud Menjaga Kehormatan
Ali pulak maksudnya Yang Baik, Mulia, Berjaya.

Nak pronounce nama anak aku bukan main senang. AFEEF. Nak panggil pon senang. Just panggil AFEEF sahaja. 

Tapi aku notice ramai yang dok panggil anak aku ni APIP! Kenapa korang panggil dia APIP????? 

Ok fine, kau rasa macam gigi terkeluar kalau nak pronounce AFEEF. So, just panggil ALI. Susah sangat ke?

Kenapa nak kena panggil Apipipipipipppppppp instead of Afeef. Haiya! 
Apip takda makna tau. Tiada! No! Na'am! Walang! 
No! No! NO!

Eh jap, google!
Hah! Takda makna tu. Pastu apip tu direlatekan ngan API. OMG!

Aku mungkin nampak menggelabah sebab benda kecik kan, hanya isu nama. Tapi bagi aku nama ni satu issue besar. Nama mencerminkan/mendoakan seseorang tu. Kalau sepuluh kali kau panggil anak aku dengan nama APIP@Kenit@Budak Botak dah macam mana tu kan? 

Afeef; Menjaga Kehormatan. Cuba panggil Afeef. Cuba. Tak salah mencuba kan?

Monday, November 12, 2012

KRU buat aku menangis! WANITA oh WANITA



Waktu kejadian : 11 pagi, 12/11/12
Lokasi kejadian : YTL OOP, Level 6

Ahhhh!! Semenjak menjak aku dah jadi Mak ni, hati aku ni sensetip betul.
Ni kisah benar okay,

Al-kisah, aku tengah amek mood nak buat utilization report untuk whole region nih. So, untuk amek semangat tu aku pon bukak la Youtube.
Nak layan lagu la kan.

Jari ni cepat je type "Wanita - KRU".

Enter!

Ok keluar dah. Hehe. Sumbat earphone dalam-dalam lubang telinga. Volume no 50.

PLAY.

Laju je la kan aku dok buat kerja, lagu syiok! Tetapi, as aku dok repeat lagu ni. Aku dah terhafal lirik dia. Bila dah TERhafal lirik, mula la nak hayati apa actually lirik dia.

Aku stop wat report. Hayati jap lirik. OH Mai Goddeh! Tetiba boleh plak sensetif! Terbit pulak air mata nih kan tetengah buat report! Arghh! Malu malu!
Aku sedut air mata. Eh, air mata pon boleh sedut ke?

Ok aku play balik lagu tu. And here goes! Part ni buat aku sedih! AUTOMATICALLY sedih!

Tatang hatinya bagai Permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau SAYANGKAN dia sepenuh jiwa mu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta seorang wanita

How sweet was that????! Kan?? Kan?

And aku dok fikir dalam otak ni ada 3 orang je :
1. Emak *tang chorus je*
2. Afeef
3. Din

Emak
Nona sayang mak! Emak ni sejak arwah atok meninggal (26072011) dia jadi sunyi semacam. Ye la, kitorang semua duduk ngan atok dari kecik sampai lah aku nak tunang. Mak jaga arwah atok, urus makan pakai arwah. Kalau aku, ayah, kak long & fira takde kat rumah, mak duduk ngan arwah atok je berdua. Bila malam baru la penuh rumah tu balik. Tapi bila arwah atok dah meninggal, bayangkan apa mak rasa bila duduk sorang-sorang kat rumah tu. Pernah satu hari tu aku call mak nak tanya dia buat apa, dia kata dia tengah duduk kat hall dalam gelap, berzikir.
Aku tanya kenapa.
Dia jawab "Mak sunyi pulak rasa. Atok dah takde, nona dah kawin, Kak Long & Fira belajar. Ayah kerja. Mak zikir sebab mak tau Allah ada ngan mak."
Kau tak sedih ke dengar mak kau cakap macam tu. Aku lepas kawin pindah duduk kat Puncak Jalil. Ha, bila dah mak camtu memang la aku kena teman mak selalu. Dia tak cakap dia perlukan anak-anak, tapi anak-anak dapat rasa.

Sarangheyo, Omma!

Afeef ngan Din, hayatilah lagu ni. KRU paham apa yang Wanita nak.

Afeef
Kalau dah besar nanti jangan lupakan mama ok. Mama sayang Afeef. Dah ada bini jangan lupakan mama. Luangkan masa ngan mama.
Itu je yang mama mintak. *Okay anak baru 3 bulan kau dah cerita pasal kawin, Ciss*

Papa
I know you ni memang tak romantik and asyik busy je nak main bola la, lepak minum la, futsal la. Tapi kan, kalau you hayati lagu nih, OMG! memang itulah yang i nak u paham apa yang i rasa.
I tau you kerja 24/7 sebab cari duit untuk makan pakai anak bini. Beliakan I Galaxy S3! hehehe



"Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau SAYANGKAN dia sepenuh jiwa mu"

KRU, thanks buat lagu nih. You guys memang faham wanita.

Selamat Hari Wanita semua!!!! *tetiba kan sebab get too emosional*

Now aku dok repeat je lagu nih dari tadi. Nasib baik la kat Youtube. Kalo kat CD dah rosak la gamaknya.

Tuesday, November 6, 2012

Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun tenangkan Muhammad Afeef Ali

Masa ni tak tau kenapa Afeef tak boleh tidur. Asik menangis je.
Check perut tak kembung. Diaper tak basah. Susu dah bagi. Ish kenapa asik menangis je ni.

Pass Afeef kat mak. Mak tidurkan Afeef. Dia still merengek. Hmmm. Mak pon suruh aku pasang Zikir Terapi Diri tu. Nak pasang Surah Al Baqarah dari Al Quran Digital tu tak boleh pulak, sebab terlupa nak charge battery. Aku pon terus play cd Hafiz nih.

Ya Allah, masuk zikir yang Lailahaillallah tu.... terus Afeef senyap!


Subhanallah. Now, kalau Afeef nak tidur kitorang mesti pasang Zikir Terapi tu. Afeef tidur, aku dapat la buat kerja rumah. Hehehe!

Korang cuba la beli CD dia ni. Anak tenang, mak pon tenang.
Dalam pantang, aku selalu cepat bengang. Ye la, ni 1st baby, tak reti nak adapt lagi. Selang sejam nak susu. Malam susu. Aku menyusu badan. Sampai pernah nak give up breastfeed. Pastu kerap berak, kencing. Mana nak rehat dengan jaga anak. Aku pulak sakit lagi jahitan bersalin tu. Dah la tak dapat solat. Kalau dah kering Nifas boleh lah tenangkan diri masa solat. Aku camkan, kalau aku tengah tamper tu then dengar Zikir ni, aku pon jadi tenang. Takda lah nak cepat bengang je ngan anak. Subhanallah.

Monday, November 5, 2012

Mohd Khairulizudin Bin Mahadzir
+
Nur Nadiah Binti Azhar
=
Muhammad Afeef Ali Bin Mohd Khairulizudin

Monday, October 29, 2012

Running Man ..... & Wife



Nih during our outdoor photoshoot with Shutterclick Photography. Location kat Pantai Klanang, Banting. Nih outfit masa bertandang. 

Godek-godek gambar sekali terjumpa gambar ni. Quite a few jugak la posing lari-lari nih kan. Apa lagi, aku pon buat dia jadi format gif. 



Penat tau kena lari nih. Entah berapa kali kena lari sebab Along Shutterclick tak puas hati ngan gambar yang dia dah capture tu. 

Even penat tapi berbaloi. HAHA!




Thursday, October 25, 2012

What a wonderful morning

Today, mama tak kerja. So, Afeef being so happy with me around him. Takda la Afeef kena tinggal pagi-pagi ni. After Afeef celik mata, dia ajak pulak mama dia borak-borak.


Layan kan aja lah anak aku yang sorang ni.

p/s : Afeef, stop being too cute! Mama couldn't resists you la sunshine!!  HikHikHik.


Wednesday, October 24, 2012

Thursday, October 18, 2012

when mummy missed you

Sebelum aku keluar rumah, aku peluk cium Afeef. Sempat aku cabut mitten dia pakai malam tadi bawak pegi kerja. Hehehe!

Takda anak disisi, dapat bau pon jadilah!
Bila la pukul 6.00pm ni. Tak sabar nak balik.

Monday, October 15, 2012

Mommy miss you


Today is my 1st day start kerja. And the whole day asyik terpikir budak ni je.

Saturday, October 13, 2012

Emo Emo

Mama, jangan lah pergi kerja. Afeef rindu mama
Well, kalau macam ni lah gayanya anak aku ni, bayangkan macam mana nak start kerja next week. Jujur, aku sedih nak kerja balik. Jumpa Afeef malam sahaja. Mama rindu Afeef lah macam gini. Memang the 1st day tu pukul 5.55petang aku dah dalam train nak balik rumah jumpa anak bujang tercinta. Hahaha. Evendo working hours actually start from 9am-6pm.

Afeef sekarang nak melekap ngan mama dia aja. Maybe dia dapat rasa mama dia nak kerja dah next week. Lepas susu, aku mesti burpkan Afeef mcm tu sebab Afeef dah berat. Mama tak cukup vitamin lah sayang nak dukung awak. Berat awak kan dah 5kg sekarang ni. Longoh den! Lepas burp, Afeef mesti tidur mcm tu. tapi bila letak kat tilam dia mesti dia jaga balik. Ish, nak melekap jeee. *Konon rimas padahal suka anak melekap kat badan hehehe*

I miss you my son! ok bye Afeef nak susu!

Thursday, October 11, 2012

Demam


Semalam Afeef pergi Klinik for his 1st injection. So far Afeef okay, active as usual.
Masuk Klinik, timbang Afeef. Wowwww! dah 5KG dah untuk 2 months old baby! Alhamdulillah berkat susu ibu berat Afeef naik from 3.7KG to 5KG dalam masa sebulan.

Berat Lahir : 2.7kg
1 month : 3.7kg
2 months : 5kg
Afeef odw pegi Klinik


Then, baringkan Afeef. Mood dia elok je. Phewww. Then, doctor buka seluar Afeef untuk inject. Siap senyum-senyum lagi dengan papa dia. Tapi bila jarum masuk dalam peha kiri Afeef, mata dia terbeliak then 5 second lepas tu speaker dia pon bunyi. Uwaaaaaa uwaaaaa. Doctor siap cakap "Sorry ahh baby... ok ok sorry ahh baby". Sweet je doctor ni. Tapi Afeef takmau berenti nangis. Apa lagi, mama upah nenen la. Baru Afeef senyap. Sian dia. Hehehe.

Lepas dah kenyang susu, Afeef leh senyum-senyum lagi ngan papa dia. Haha!

Sebok pandang Papa dia. Hehehe
Balik rumah Afeef ok. Tak demam. Tapi pagi tadi lepas susukan Afeef pukul 6 pagi rasa badan dia dedar. So, mak & aku bagi ubat demam yang doctor bagi tu. Lepas je makan ubat demam tu, terus Afeef tidur dari pukul 7.30pagi sampai la 11.30pagi. Lama tu dia tidur. Sedih tengok dia tak active macam selalu. Angkat mata pon tak larat. Kesian Afeef!


 

Monday, September 10, 2012

Newborn Photoshoot - Afeef Ali feat Adi Nang

Ahad lepas, 2 September 2012 anak bujang aku dah 23 hari umurnya. Lepas Afeef lahir, aku rasa menyesal sebab masa aku pregnant dulu aku tak suka ambil gambar. Even kak long nak sponsor aku Maternity Photoshoot pon aku tanak. SPONSOR ni beb. Bukan senang. *Hahaha*

Sekarang gambar masa aku pregnant punya lah tak banyak. Fobia bersalin ada lagi so memang menyesal disitu sebab ikutkan hati sangat. Sebab aku rasa masa aku pregnant aku buruk... hitam... gemok.. pendek. hahaha!

So, masa tengah berpantang aku pon search la promotion untuk Newborn photoshoot anak bujang kesayangan ni. Nak dijadikan cerita, rupanya kak long dah booking dengan AdiNang untuk photoshoot Afeef. Dia pulak dah bayar half. So apa lgi, aku pon join la. Aku half, kak long half. Settle!!
Hey murah okay. RM350 untuk shoot & burn. Aku tak ambil album dengan dia. But if nak proceed dengan album just add on another RM200, siap albun berdesign lagi. Murahhhh! 

Adi pon alahai peramahnya. Tak la rasa segan sangat. Tapi Adi ni muka muda gila. Macam early 20's gitu. Masa first time jumpa dia aku macam "Eh, mamat ni pandai ke handle budak. Anak aku dah la tak cukup bulan, kecik lagi plak tu. Ish cuaknya!!! ". Rupanya don't judge a book by it's cover. Adi ni dah kahwin ok. Dah ada anak lagi. Dia bedung Afeef punya la hebat.. zap zup zap je dah siap! Handle baby memang bagus, tak kekok. So aku, mak, ayah & Din confident la dengan Adi ni.

Deal dengan Adi senang. Dia akan call kita on the day before photoshoot. Dia akan advice untuk susukan & tidurkan baby 30minit before dia datang. So bila dia shoot baby tak banyak ragam. And baby mudah "dibentuk" bila dia tengah tido. So, ni outcome dari photoshoot session hari tu.

Enjoy!


Sempoi kan siap boleh posing gini lagi.

Afeef time ni dah redha sebab ngantok sangat


My Muhammad Afeef Ali

Tak lepas jugak gambar dengan radio antik arwah Atok Ali

Ini lah Adi, the photographer

Thank you so much Adi. You did a great fantastic job! Even shoot kat depan rumah aku je. Haha!

Oh oh, sekarang ada promotion for Newborn Photoshoot by thebabablacksheep (AdiNang). Cepat grab weyh! Gerenti tak menyesal sebab aku highly recommended kerja dia. 

Facebook Page : AdiNang Photography
Facebook Page : thebabablacksheep
Telephone Number : 017 654 9971

p/s : aku tak tau adi ni adik Saiful Nang ke tak so jangan tanya aku. 

Friday, August 31, 2012

Merdeka

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Muhammad Afeef Ali dah berusia 20 hari.
Alhamdulillah.


Friday, August 17, 2012

Muhammad Afeef Ali B Mohd Khairulizudin

Alhamdulillah. Pada 11 Ogos 2012, Jam 3.30 pagi, aku selamat bersalin.
Sungguh aku tak percaya aku telah menjadi seorang ibu.
Sakitnya bersalin hanya Allah yang tau. 

Muhammad Afeef Ali B Mohd Khairulizudin
Berat : 2.60kg
Tarikh : 11 Ogos 2012, 22 Ramadhan 1433H (35 Minggu 2 Hari)


Jom kita tengok apa maksud nama baby Afeef nih.

Muhammad : Nabi Muhammad SAW
Afeef : Chaste, modest
Ali : The highest, greatest, excellent, noble

Insyaallah! Afeef akan jadi anak yang soleh. Menjaga kehormatannya tak kira waktu. Ya Allah, tugas yang berat akan aku & suami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.

Walaupun baby Afeef lahir tak cukup bulan (35 minggu), aku tetap rasa syukur dengan segala ketentuan Nya. Ini anugerah terindah yang Allah berikan kepada kami. 

Tuesday, June 19, 2012

Baby Snuggle Nest @ Portable Infant Sleeper

Alhamdulillah.
Dah dekat 4 bulan lebih aku dok mencari Baby Snuggle Nest(BSN) ni. Serius!
Semua expo dah pegi terjah. Yang ada jual pon mahal gila around RM120-RM160 camtu.

Lepas baca blog Intan ni terus berkobar-kobar lagi nak beli. Sebab Intan dapat beli murah! Dalam RM100 je! Ish melepas! Kena cari lagi ni.


Pagi tadi, kak long email. Tunjuk dalam Milk A Deal ada buat promotion untuk BSN ni. And guess what?! Include postage harga dia RM88 sahaja instead off hundred over! How lucky am i! Syukur!
Apa lagi..suruh la kak long belikan dulu. *Sila paham sebab tak bergaji lagi* haha!

Eh BSN ni bagus tau. Boleh letak dalam kereta je. Then kalau kita travel tak payah la dok bawak tilam-tilam yang besar tu untuk baby. Macam aku, rumah MIL kat Banting. Rumah mak aku kat Lembah Keramat. So, kalau nak balik kampung tu baby nanti dah ada "baby cot" dia untuk dia tido. Ala, infant kan tau tido & makan je. Lagi pon ada salahnya beli untuk anak sendiri... ye dak?



Nice kan. Boleh lipat and jadikan as a bag lagi. Harga pon berpatutan. Tak la messy dengan loose item tilam set tu kalau nak travel.

Oh if nak beli as a gift pon quite practical juga. So ibu sekelian, sila la beli Baby Snuggle Nest ni.
Tak sabar nak tunggu BSN ni sampai kat rumah! YAY!

Milk A Deal Facebook : http://www.facebook.com/MilkADeal
Baby Snuggle Nest Milk A Deal Link : http://www.milkadeal.com/deals/mme-cot

Monday, June 18, 2012

Rekahan

Minggu ni dah masuk 28 minggu. Maknanya dah 7 Bulan aku mengandung.
Dan pada hujung 27 minggu lepas ... rekahan tersebut telah keluar. 
Ya!! Rekahan di perut. 

Oh nightmare.
Tengok badan sendiri depan cermin memang dah tak cantik. *kau cantik sgt ke dulu nona?*
Harap-harap suami boleh tutup mata & terima diri aku ni setelah rekahan tersebut timbul.

Oh masa Mid Valley baby expo hari tu ada beli Coco Butter untuk prevent stretchmarks. Tapi sampai sekarang tak pakai-pakai lagi.

Bila rekahan ni dah ada...sendiri mau ingat la nona yer. Rekahan ni still baru. Tak banyak pon!  

Google Image *bukan perut aku duhhh*

Well, aku cuba treat rekahan ni mcm selulit je la. Bahaha! 

Pregnancy membuatkan aku malas nak ulit badan sendiri. Body lotion yg beli kat Sephora untuk 1st night dulu dok takat tu je la sbb aku tak guna-guna. Sapu kat badan din bagi dia wangi instead of aku yang wangi. LOL.

Ini Serius.


Note to The Little One : Ada stretchmarks pon Mak tak kesah janji awak sehat kat dalam perut sana! Jumpa September ni ya! Muahhh

Friday, March 23, 2012

Syukur

Bertunang sudah.
Akad Nikah sudah.
Bersanding sudah.
Bulan Madu sudah.

Ulangtahun perkahwinan yang ke sebulan, Sudah.
Ulangtahun perkahwinan yang ke dua bulan pon sudah.
Ulangtahun perkahwinan yang ke tiga bulan pon sudah.

Mengandung??! Sudah juga. ALHAMDULILLAH.

Kesibukkan menjadi Isteri ni terlalu hebat. Kadang-kadang boleh rasa give up.
Tapi kena la kuat. Untuk masa depan Suami, Anak-anak & Keluarga.
oh aku mampu.
ya Allah, Bantu aku.

Sesungguhnya aku hambaMu yang LEMAH.