Pages

Tuesday, March 23, 2010

Perlu ke?

SUMPAH aku benci... eh tak suka style amik gamba mcm ni. Maaf ye.


perlu ke bibir mcm tuh. Kau mmg dah comel tayah buat mcm ni lagi.


Please. Stop it!



Hatiku terganggu. Sumpah aku emosi.

Monday, March 22, 2010

Short

I`ve cut my hair. =)
From this
to this

Well, takkan aku nak publish gamba aku free hair kan? Duhh.


Tuesday, March 16, 2010

SweetCorn Rider

video

I LOVE MY DAD SO MUCH !!
C:

Air

Gunung Jerai. The mountain is about 1300 meters above see level and it is also the highest mountain in Kedah. Highest ok. Mcm mane atas bukit leh ade kulit sipot? Tanah kat sane mcm berpasir. Mcm kat tepi pantai. Well, aku dengar ceramah last week.

Katanya Gunung Jerai ni adalah kawasan pantai. Maknanya ia dikelilingi oleh air ataupun laut. Jadi, kita yg bertapak di Kuala Lumpur ni sebenarnya dulu kala ialah Laut. Laut i tell u. Gunung yang tinggi tu adalah pantai. Di sebabkan anak cucu Nabi Adam A.S nak berkembang maka Allah s.w.t perintahkan air tersebut beku di kawasan Kutub Utara. Jadi adalah ruang untuk hambanya berkembang sehingga ke hari ini.

Kita suma sedia maklum kiamat makin hampir. Tsunami sana sini. Gempa sana sini. Kita suma tau ais di Kutub Utara sekarang makin cair. Bila Allah s.w.t perintahkan ais tersebut cair dan pulang ke tempat asalnya... Maka tenggelamlah kita. Sbb asalnya kita diliputi oleh air.

Kenapa aku post entri ni? Aku takut. Kiamat makin dekat. Taubatlah nona. Tiap kali hari khamis mesti takut. Takut esok bangun dah kat alam barzakh. Adoi. Mengucap.

Jangan la pulak korang bayangkan cita 2012 tu. Takut terpesong akidah.

Monday, March 15, 2010

Perlu ke?

Fuh entry kedua dlm masa 20 minit.

Perlu ke kalau aku accident aku patah teruk? Perlu ke? Ke nak aku accident terus patah kaki tgn or mati terus? Adoi.

Budak belasan tahun, Acah-acah Barat

Last Sunday, tgk Alice in Wonderland. Ok la. Best jugak. Tapi, bila aku membesar dengan cerita Walt Disney ni expectation aku tinggi. Mungkin aku terbiasa dengan cara Blue Caterpillar bertanya khabar kat Alice.

"Whoooo areee youuu?" Nada Blue Caterpillar sangat menjengkilkan. Tapi itu yang aku harapkan.
Tapi mungkin aku ni terlalu ikut-ikutkan Alice in cartoon version. Anyway, Alice best jugak la. Tak rugi tgk. Oh ramai parents bawak anak diorang. Suweet. Share seat 1 family kat couple seat. Haha. Jimat. Aku bg 4 over 5.

Next, movie marothon kami ialah V3: Samseng Jalanan. Aku bangga bila cerita kat M'sia nih nak "improve" mutu karya dorang. Aku suka. Macam berbaloi sangat beli tiket. Ada a few scene aku tak rasa logic. Intan Ladyana nak pi meeting pastu si Farid langgar pintu kereta dia. Bla bla bla.. So Farid hantar si Intan ni kat opis. Pastu si Intan turun pastu kiss Farid. Erk.. Tapi, kenape si Intan Ladyana tetiba kiss si Farid Kamil? Pastu ish. Baru kenal kot. Ok ok. Mmg pkran aku kolot so what? Byk lagi mcm tak leh blah cita ni. Tapi full dgn action. Boleh la. Aku bg 3 over 5.

Cerita ni nak acah-acah kebaratan. Ah. Lantak la.

But the thing is, dalam cinema ada a few budak sekolah yang menggelarkan diri mereka Rempit la kononnya. Buat havoc dalam panggung. Jerit sana jerit sini. Gelak cam cilaka. WTF? Dah abis cita tu dok bising lagi. Aku cukup pantang dengan dak2 mcm ni. Nak perhatian lebih ke dik? Mak ayah kurang bg kasih syg ke? Uhh.. Terganggu emosi aku. Bukan aku perfect sgt but gila la korang. Aku benci. Huhh.

Oh, Din selamat sampai kat Perak. Syukur

Friday, March 12, 2010

Accident

Semalam balik lewat kol 9.30 malam.
Aku ikut Jalan Tun Razak.
Depan Victoria Station aku kene himpit ngan 2 ekor Bas.
Aku elak but... Tak lepas. Aku jatuh. Sakit. Lebam kaki tangan aku belah kiri.

Sakit. Nasib baik ade brader blakang tolong. Kalau tak.
Dah kene gelek aku.

Aku baca doa naik kenderaan.
Sampai rumah bgtau ayah. Ayah tak marah.
Ckp ngan ayah jgn bgtau mak. Ayah kata OK.

Pagi tadi mak masuk bilik. Tanya pasal accident tu. Haha.
Kantoi jugak.


SAKIT. (T_T)

Thursday, March 11, 2010

Kopi Kucing

Bangga bila ditiru. Hahaha.
Takut bila ditiru. Erm..
Atas nasihat Orang Lebih Tua, BERJAGA-JAGA saja lah.

"Kawan Boleh.. Rapat Jangan"

Bila aku berkawan aku ikhlas. Sangat ikhlas.
Genetik ayah memancar-mancar kalau bab kawan ni.
Tapi, tolonglah.
Jangan melampau.
Aku bahagia. Jangan rosakkan mood aku nak berkawan.

Aku bagi kau 1 lagi peluang ok. O yeh! Terbaek!

Report dah berbulan tak hantar. Hari ni padan muka kau nona.