Pages

Wednesday, August 25, 2010

Pakai Tudung Tidak Layak Kerja


Kes ni terjadi kat salah seorang hamba Allah ni. Aku dapat email kat office hari tu. Ah takde masa nak post kat sini. Ni aku copy paste balik. Lama dah cerita ni---kira dah basi juga lah. So, korang baca je ye.
___________________++_____________________++______________________

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju

kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan

perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.

and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni…

————————————————————————-

Aa’ha said, (interviewer tersebut)

March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!

Let me say this;

U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework

pasal

you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview

and we’all trackback ur blog.

we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.

guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak

accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial

dan pakai tudung macam mak nenek!!

kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab

u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan

zaman nabi dulu!!

and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org

yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem

masjid ke?

chill……….

_______________________++_____________________________++________________________________++____


DIa baca weh blog kau. Dia google nama kau. Contoh ye, Kalsom bin Abdullah. Aku main pilih je nama ni. So now aku goole nama ni then this is the outcome:


sekali Sultanah daaaaa.... HAHAHA


OKAY, aku petik nama lain. HAFIZAH HASSAN

Tadaaaaa, hamek ko. Sekali tiga personal things dia dapat. Blog,Facebook & Fotopages.

Kau baru je nak mintak kerja baru sekali tengok dia dah jadi STALKER blog kau. Eeee aku MALU le.

2 comments:

Shahira said...

jerk.
bajet bagus sgt?
eiii geram!

nOna aZhar said...

ha mmg. siap kutuk zaman nabi lagi. apa lah nak jadi! kan?