Pages

Tuesday, July 14, 2015

#theAlibrothers

Assalamualaikum. Sangat lah lama dah tak update blog nih. Macam-macam dah jadi.

Dari kurus dah jadi gemok lepas tu kena sound ngan MIL sbb badan dah gemok pastu terus buat Atkins diet 2 bulan dah jadi kurus balik hilang 14kg pastu tetiba mengandung 2nd baby pastu dah start fasa mabuk balik pastu dah new year pastu dengan busy kerja pastu cuak sbb dah nak bersalin lepas tu doctor bagi cuti awal sebulan before beranak pastu beranak dah pastu dapat lagi sorang anak lelaki lagi (alhamdulillah..phew) pastu anak tu alhamdulillah sehat dah berat pon dah 5.5kg masa 2months check up pastu dah start masuk kerja pastu dengan nak sambut puasa lagi lepas tu dah puasa lepas tu mencabar betul puasa sambil breastfeed ni lepas tu sampai la sekarang ni dah tinggal 2 hari je lagi nak raya.

How time flies.

Tak sangka aku dah jadi Emak---- #makanakdua kahkahkah. Seriously anak dua ni banyak la cabarannya. Masa kena bahagi bebetul. Mana nak layan abang long Afeef yang tengah membesar & asik dok pok pek pok pek lagi... dengan adik Areeq yang sekarang pon sama sebok nak berborak jugak. Well aku dapat bayang anak aku dedua ni macam si Upin & Ipin. hahaha!

Okay--since aku mmg takde mood nak buat kerja even kerja ada (to be continue esok...kot) rasa nak membelog membuak2.

Presenting our second hero..

Muhammad Areeq Ali bin Mohd Khairulizudin 

23.4.15
Thursday
3.05 kg
5.45 pm 
Normal delivery
Hospital Al Islam Kg Baru, Kuala Lumpur


Muhammad : Prophet Muhammad pbuh
Areeq : Noble
Ali : The Highest

#theAlibrothers


Insyaallah, akan aku jaga amanah Allah swt ni sebaik-baiknya. Jangan buat main weh, amanah nih. Silap kang kena kat akhirat kang. 

Nauzubillah.

3 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

nadiah hanum said...

Mesti bizi jadual harian dgn dua hero ni kan? Hehee..tp ni la momen2 yg akan kita rindu nnti, time anak kecil2 memang huru hara tp waktu ni paling best sebenarnya..;) enjoy ur motherhood journey dear..

nadiah hanum said...

Mesti bizi jadual harian dgn dua hero ni kan? Hehee..tp ni la momen2 yg akan kita rindu nnti, time anak kecil2 memang huru hara tp waktu ni paling best sebenarnya..;) enjoy ur motherhood journey dear..