Pages

Thursday, September 5, 2013

Baby food (12mo ++) : Nasi Briyani Ayam

Okay. Hari ni nak share resipi makanan si kecik. Sekarang ni Afeef dah tak suka makan bubur nasi dah. Cheese pon dia dah x suka. So hari2 kena tukar menu.


BAHAN-BAHAN

Slightly salted butter (nona pakai brand Anchor)
■ Isi ayam yg dipotong dadu  *boleh ganti dgn daging*
■ Carrot yang dipotong dadu
■ Bawang putih & bawang merah dihiris nipis2
■ Basmathi (nona pakai brand Faiza)
■ Daun bawang, daun ketumbar
■ Stok ayam

CARA MASAK

1. Cairkan butter td dalam periuk. Masukkan bawang putih & bawang merah. TUMIS.
2. Agak2 dah layu bawang & dah naik bau, masukkan ayam & kacau sampai separuh masak. Masukkan pula carrot, daun bawang & daun ketumbar.
3. Masukkan beras Basmathi** & TUMIS selama 30saat.
4. Masukkan stok ayam td. Tutup periuk & tanak nasi sampai kering. Keep on kacau supaya tak melekat nasi kat bawah....nnt jd kerak.
5. Eh..dah siap! Buleh bagi anak makan dah. :)
HAHAHAHA.  Senang kan. Kalau tawar tu rasa nak bubuh garam boleh je. Terpulang pd masing2.
Kalau anak tak habis makan.....kita boleh habiskan. Sebab SEDAP! HIHIHI.
SELAMAT MENCUBA.

No comments: