Pages

Friday, July 12, 2013

Salted Egg Prawn aka Udang Masak Telur Asin

Assalamualaikum.

1st puasa hari tu dok tanya kat Group Gojes apa menu berbuka diorang utk 1st day ni kan. Ramai gak la yg bg idea. Tapi aku tergoda dengan idea Salted Egg Squid.

APA LAGI. Terus la aku mintak resepi. Dapat je resepi terus salin dlm kertas and call mak. Tanya ada sotong tak. Hampaaaa. Dia habaq takda sotong....tak beli. Takpa.... chill.

Sampai rumah jam 6ptg terus pegi dapur. Tapi before tu sesi peluk+gomol+cium Afeef bertubi-tubi dah selesai lah kannnn. Check stok barang utk buat Salted Egg ni. Aku gantikan Prawn instead of Squid.

Nah resepi. Sila salin then try buat mmg sedap n simple sgt.

Bahan-bahan:

● Udang (tak kesah dah kopek kulit ke belum. Ikut korang)
● Batter / tepung KFC / tepung utk menggoreng
● 1 biji telur ayam
● 2 biji telur asin
● Daun kari
● 20g Unsalted Butter
● Garam
● Minyak utk menggoreng

Caranya :

1. Rebus telur asin dalam masa 20minit.

2. Pecahkan telur then kacau mcm nak buat telur dadar tu. Celup udang dalam telur dlm 1saat then celup dlm tepung KFC/batter/tepung utk menggoreng.

3. Panaskan minyak dan gorengkan udang tadi. Goreng JANGAN LAMA. Goreng dlm 3-4minit sbb nanti udang jadi keras..

4. Keluarkan udang yg dah siap digoreng and toskan minyak dia.

5. Keluarkan telur asin yg dah siap direbus tu dan kopek yolk dia yg colour oren tu. Mashkan dia sementara masih panas. Aku mash pakai garfu je.

6. Panaskan kuali. Masukan 20gram unsalted butter dalam kuali and kecikan api nnt takut butter hangussss.

7. Masukkan beberapa helai daun kari yang dah dicuci. Kacau dlm 7saat. Masukkan kuning telur asin yg dah dimashkan tadi. Kacau sampai dia bubbly, approx 3-4minit.
8. Masukkan udang yg dah digoreng dgn tepung tadi and kacau sampai mesraaaa.

9. SIAP!

My husband suka masakan ni. Yayyyy.
Selamat mencuba okay.

No comments: