Pages

Thursday, November 22, 2012

Nama ada Makna

Masa aku mengandung dulu, hampir berbulan-bulan jugak lah aku pening memikirkan nama yang nak bagi kat anak yang bakal lahir nih. Tetiap hari aku google maksud setiap nama yang aku berkenan. Then kalau aku dah rasa sesuai nama & makna nama tu, aku akan tulis dalam buku nota aku sendiri. Hampir 10-15 jenis nama lah yang aku dah senaraikan untuk anak aku ni.

Bagi aku, memang tak suka nama yang terlalu english. Contohnya Heykal, Aaron . Yela, walaupun aku minta Aaron Aziz takda la sampai nak terjebak nak letak nama anak Aaron. Sebab Aaron dalam Bahasa Melayunya ialah Harun. Kan!Sebab bagi aku tu macam takda makna untuk baby beragama Islam.  Baik aku letak nama anak aku Harun je. Aku suka nama yang simple. Senang nak sebut, eja, panggil. Kalau boleh aku elakkan nak panggil nama singkatan untuk anak aku tu. 

Macam aku, nama Nadiah. Panggil NONA. Apa kejadah makna nona tu? Buah nona ada la. Tak pon Nona Naga. Mak Ayah aku penat pikir nama aku N.A.D.I.A.H yang bermaksud Kejayaan. Kalau orang panggil aku nona...nona, bila la nak mencapai kejayaan tu. Percakapan tu kan macam satu doa kan?. 

Macam suami aku pulak nama dia Izudin. Orang panggil dia Din. Dua-dua maksud sama; Agamaku. So, ini tak jadi hal. Case closed!

8 bulan aku dok plan nak letak nama apa anak aku nanti. Last-last aku berkenan nama Afeef ALi
Afeef bermaksud Menjaga Kehormatan
Ali pulak maksudnya Yang Baik, Mulia, Berjaya.

Nak pronounce nama anak aku bukan main senang. AFEEF. Nak panggil pon senang. Just panggil AFEEF sahaja. 

Tapi aku notice ramai yang dok panggil anak aku ni APIP! Kenapa korang panggil dia APIP????? 

Ok fine, kau rasa macam gigi terkeluar kalau nak pronounce AFEEF. So, just panggil ALI. Susah sangat ke?

Kenapa nak kena panggil Apipipipipipppppppp instead of Afeef. Haiya! 
Apip takda makna tau. Tiada! No! Na'am! Walang! 
No! No! NO!

Eh jap, google!
Hah! Takda makna tu. Pastu apip tu direlatekan ngan API. OMG!

Aku mungkin nampak menggelabah sebab benda kecik kan, hanya isu nama. Tapi bagi aku nama ni satu issue besar. Nama mencerminkan/mendoakan seseorang tu. Kalau sepuluh kali kau panggil anak aku dengan nama APIP@Kenit@Budak Botak dah macam mana tu kan? 

Afeef; Menjaga Kehormatan. Cuba panggil Afeef. Cuba. Tak salah mencuba kan?

2 comments:

corat coret sendiri said...

orang panggil ko nona aku pun ikut la..sorry nadiah :)

aku suka nama afeef tu..sweet..

Nona Azhar said...

nama aku nona aku tak kesah beb. aku lagi suka! hahahaha.

tapi nama anak tu alahai!!! pantang je rasa! haha