Pages

Friday, November 11, 2011

Wedding : Kad Kahwin Kartun (Cartoon) & Tips Tempah Kad Kongsi

Assalamualaikum WBT

Wahhh, tajuk entry over sangat! haha.
Hari ni kita cerita pasal Kad Kahwin ok. Straight to the point ----- zasss!

KONSEP
  • Kad Kahwin Kartun (Cartoon).

MURAH DAN JIMAT TAPI ELEGANT
  • Aku suka kad yang simple yet nice & elegant tapi MURAH dan JIMAT! Sebab pada aku kad ni orang nak buat untuk rujuk peta & tarikh SAHAJA. Takda nya kawan kau nak simpan kad kau tu. Percayalah! Lepas majlis orang akan buang. So aku rasa tersangatlah membazir kalau aku berhabis banyak dekat kad sahaja. Karang kalau aku nampak kad aku ada kat dalam tong sampah ke, kat atas jalan raya ke... tak ke rasa sedih & sayang sebab duit kau habis macam tu aje. Baik aku habiskan duit kat rumah sewa aku dan bakal suami nanti. Sobs sobsss...

KONGSI
  • Kad ni juga aku kongsi dengan pihak lelaki sebab kebanyakkan kawan Din tu kawan aku juga, ye la kan aku ni bercinta satu class dengan Din jadi kawan aku = kawan Din. Dah JIMAT disitu. Kalau korang order banyak korang akan dapat lagi murah & banyak free gift dia bagi. Hehe! Untung!
  • Macam kes aku ni, kad kawin tak cukup untuk pihak aku sebab aku tempah 800pcs & pihak lelaki 1000pcs. Kalau kad tak cukup, korang boleh "pinjam" sikit kad kawin tunang korang tu. Hehe! Jimat lagi disitu!

PERSETUJUAN KEDUA PIHAK & BERGADUH
  • Buat kad kahwin kongsi ni bukan mudah ya. Korang kena banyak buat diskusi dengan kedua-dua belah pihak. Mesti bertengang urat punya la. Ye la kan, taste masing-masing. Tapi bagi aku alhamdulillah 200% kad ni memang citarasa aku SAHAJA. Keluarga pihak lelaki tak banyak kerenah, semua terima je (Alhamdulillah)
  • Korang MESTI tunjuk draft sebelum print dekat bakal Mertua korang. MUSTI i tell you. Kalau dia tak puas hati, kena ubah jugak! Persetujuan itu penting! Jangan ada issue sebelum kahwin
  • Macam gambar bawah ni ada lirik Barakallah by Maher Zain. Ini 100% permintaan dari Emak kesayangan aku. Hehe. Dia nak lirik Barakallah okay! Aku pun okay je. Syurga dibawah tapak kaki ibu la katakan.. Kelass kan uolls! HAHAHA


BILA NAK TEMPAH
  • Kalau korang dah ada konsep dan nak design sendiri (custom/personalize) , korang boleh start design 5 bulan sebelum majlis. Dalam masa tu boleh tanya Mak/Ayah/Tunang apa yang diorang nak dalam kad tu. Hey, jangan ingat kejap tau benda ni!! Aku sendiri ambil masa yang lama nak dapatkan approval kedua-dua pihak. Aku start plan/design bulan Mei 2011--- survey harga printing, doodle, konsep, etc --- bulan Ogos dah start printing. Bulan September kad dah dapat. Haaa!
  • Biar awal kad siap asalkan selamat. Kalau last minit ni aku memang kecut perut la. Sila jangan ambil risiko ye kawan-kawan.

DEE GALLERY CARD - PANTAS & EFISYEN !
  • Kad ni aku design sendiri konsepnya tapi yang menyiapkan dia dengan jayanya adalah dari Dee Galery Card. Diorang ni sangat la profesional! Kad akan siap dalam masa DUA(2) minggu dari tarikh confirmation! Wow, cepatnya!! Yes, memang cepat! Sila order dengan mereka ye! Oh, DGC ni bertempat di Jalan Brunei Kuala Lumpur.
  • Aku confirm design pertengahan bulan Ogos dan hujung Ogos dah siap! Kualiti printing memang tip top!
Contact No : Rudy (019 693 5093)
email : rudy.dprinting@gmail.com

DOODLE by BELOG CAP AYAM
  • Last but not least, tanpa doodle ni kad aku takkan nampak comel. Hehe. Thanks to Amar Amirah dari Belog Cap Ayam. Deal dengan Amar ni sangat la best sebab dia respond sangat lah pantas! HEHE!. Aku cakap je konsep apa, then aku nak mcm mana terus Zasss dia send balik. Oh, harga dia murah je. RM25 untuk Couple Dollydle mcm gambar aku tu. Hihi!
  • Amar ni sebenarnya bakal doktor gigi yg baru habis belajar kat Indonesia. So please bare with her kalau dia terlambat reply email korang sebab she's a student! Consider la sikit ye tak? Hehehe!!!
  • Kalau korang nak order boleh lah order kat dia as below info or order kat SINI :
email : amaramirahradzi@gmail.com

Okay entry dah siap! :)

2 comments:

cikpia said...

brapa harga ni....???

iStudio Print said...

Kreatif dan cute kad kahwin katun tu..