Pages

Monday, January 7, 2013

Centrepiece. Bottles & Fresh Flowers

Assalamualaikum semua.

Kadang-kadang masa majlis kawin kita, banyak benda kecik kita lupa nak fikir. Such as.. centrepiece untuk meja guest. Tak kesah la kalau majlis tu buat kat Dewan or Rumah, still macam kosong je meja makan untuk guest tu.

Normally kita akan bubuh tit bits macam Rempeyek, Kerepek Bawang, Keropok Roda (yang warna putih tu) or Kuih Gunting etc. Tapi, kalau kita letak kerepek-kerepek tu guest akan melepak lama gila kat meja makan tu and akan menyebabkan tempat duduk tak cukup. Better kita letak kerepek,biskut semua tu kat 1 corner such as Teh Tarik Corner. Tetamu yang datang tak la melepak lama kat meja makan and takda la tetamu yang baru datang tercangak-cangak nak carik meja.

Tapikan, kalau tak letak something kat tengah-tengah meja makan tu rasa macam kosong je. Tak cantik!!!

So, apa kata kita deco-bersama-Eric sikit! Bahahaha! Jom hias meja tu letak bottle with fresh flowers!!!!

Centrepiece masa I nikah. I guna Ayu Bottle. Bunga Daisy

Ni centrepiece masa I nikah.
I guna Ayu Bottle 10 pcs untuk 10 table.
*credit to Shutterclick Photography*

I nak sewakan botol-botol ni untuk korang! Nak tak??? Ok sila pilih sekarang. :D

1. Aalya Bottle
Aalya Bottle

2. Emma Bottle
Emma Bottle : 6 pcs

Emma Bottle : 6 pcs

3. Emmy Bottle

Emmy Bottle

 4. Hanum Bottle
Hanum Bottle : 24 pcs

Hanum Bottle : 24 pcs

Hanum Bottle : 24 pcs


5. Julie Bottle
Julie Bottle : 9 pcs

Julie Bottle : 9 pcs

6. Kalsom Bottle 
Kalsom Bottle : 7 pcs

7. Mimi Bottle

Mimi Bottle : 15pcs

8. Ayu Bottle
Ayu Bottle : 14pcs

Berminat?

Cepat send email ke nona.azhar@gmail.com kalau korang berminat nak sewa.
Korang boleh sewa botol sahaja.
If korang malas nak pikir decoration, it's okay! hihik! I akan sewakan botol + decoration.
If korang malas nak mencari fresh flowers pon,  it's okay!  I akan sewakan sekali dengan botol + decoration + fresh flowers.
If korang malas nak ambik botol yang nak disewa tu kat rumah i pon, it's okay jugak. Sebab I boleh deliver terus ke rumah YOU! Yayyyy... :) Best kan!

So apa lagi. Cepat email I for reservation!
nona.azhar@gmail.com

Monday, November 26, 2012

LBS : Katerina. Thanks Redmummy & EBM Stock


Hari ku yang mendung sebab kat rumah tetiba black out, kini dah menjadi cerah sebab Redmummy bagi 2 tiket tengok LBS:Katerina.

Thanks Kak Red.

Maka esoknya aku dengan sang suami, En Din akan menuju ke Pavillion jam 8malam. Takleh la nak direct pegi dari office. Harus la balik rumah dulu, jumpa anakanda kesayangan si Afeef Ali tu kan.

Tak sangka dapat tiket sebab tau kan kak Red tu ramai la followers nya! Lepas dia soh email aku pon bukak gmail, compose email and SEND!

Eksaited nak tunggu reply kak Red bertukar menjadi nightmare sebab tetiba Emak sms cakap
"rumah black out dah 15minit"

Aku punya la nervous sebab terus terlintas dalam kepala ni is EBM Stock aku kat freezer tu.

stock setakat 8 November lepas
Sayangnyaaaaa!!!!! kalau la semua susu tu cair! OMG OMG OMG! 

Panic Attack!

******************   e d i t   ********************

Emak sms lepas 30 minit kejadian blackout tu :

"Alhamdulillah, letrik dah ada"


Phewww lega! Chicken dance jom!!! :D

Oh oh, kak red pon reply email. She gave us 2 tix for LBS premier tomorrow!


Alhamdulillah. Rezeki time hujan. #Eh!

Thursday, November 22, 2012

Nama ada Makna

Masa aku mengandung dulu, hampir berbulan-bulan jugak lah aku pening memikirkan nama yang nak bagi kat anak yang bakal lahir nih. Tetiap hari aku google maksud setiap nama yang aku berkenan. Then kalau aku dah rasa sesuai nama & makna nama tu, aku akan tulis dalam buku nota aku sendiri. Hampir 10-15 jenis nama lah yang aku dah senaraikan untuk anak aku ni.

Bagi aku, memang tak suka nama yang terlalu english. Contohnya Heykal, Aaron . Yela, walaupun aku minta Aaron Aziz takda la sampai nak terjebak nak letak nama anak Aaron. Sebab Aaron dalam Bahasa Melayunya ialah Harun. Kan!Sebab bagi aku tu macam takda makna untuk baby beragama Islam.  Baik aku letak nama anak aku Harun je. Aku suka nama yang simple. Senang nak sebut, eja, panggil. Kalau boleh aku elakkan nak panggil nama singkatan untuk anak aku tu. 

Macam aku, nama Nadiah. Panggil NONA. Apa kejadah makna nona tu? Buah nona ada la. Tak pon Nona Naga. Mak Ayah aku penat pikir nama aku N.A.D.I.A.H yang bermaksud Kejayaan. Kalau orang panggil aku nona...nona, bila la nak mencapai kejayaan tu. Percakapan tu kan macam satu doa kan?. 

Macam suami aku pulak nama dia Izudin. Orang panggil dia Din. Dua-dua maksud sama; Agamaku. So, ini tak jadi hal. Case closed!

8 bulan aku dok plan nak letak nama apa anak aku nanti. Last-last aku berkenan nama Afeef ALi
Afeef bermaksud Menjaga Kehormatan
Ali pulak maksudnya Yang Baik, Mulia, Berjaya.

Nak pronounce nama anak aku bukan main senang. AFEEF. Nak panggil pon senang. Just panggil AFEEF sahaja. 

Tapi aku notice ramai yang dok panggil anak aku ni APIP! Kenapa korang panggil dia APIP????? 

Ok fine, kau rasa macam gigi terkeluar kalau nak pronounce AFEEF. So, just panggil ALI. Susah sangat ke?

Kenapa nak kena panggil Apipipipipipppppppp instead of Afeef. Haiya! 
Apip takda makna tau. Tiada! No! Na'am! Walang! 
No! No! NO!

Eh jap, google!
Hah! Takda makna tu. Pastu apip tu direlatekan ngan API. OMG!

Aku mungkin nampak menggelabah sebab benda kecik kan, hanya isu nama. Tapi bagi aku nama ni satu issue besar. Nama mencerminkan/mendoakan seseorang tu. Kalau sepuluh kali kau panggil anak aku dengan nama APIP@Kenit@Budak Botak dah macam mana tu kan? 

Afeef; Menjaga Kehormatan. Cuba panggil Afeef. Cuba. Tak salah mencuba kan?