Pages

Tuesday, September 11, 2018

TUDUNG BAWAL SELESA DARI FAYRAINSPIRE (SAKOORA SQUARE)

Last weekend, kami geng GBSB (Gojes Blogger Supermom & Baby) buat family day 2 hari 1 malam dekat Cyberview Spa & Resort and one of the activities is acara Lucky Draw!! 

YES! 
I am so lucky sebab dapat hadiah lucky draw from FAYRAINSPIRE iaitu tudung bawal sakoora square... 

Malam lucky draw GBSB. YAYY!!
Antara hadiah sponsor and tudung from FAYRAINSPIRE sakoora square bawal spotted!!





Ha jom kita cuci mata warna-warna yang ada :






Cantikkan pilihan warna dia. Ish! rasa nak ada semua warna buat collection. hehehe. Oh, rasanya dia masih ada harga promosi RM29/pcs jimat RM6 dari harga normal RM35. 

Ciri-ciri SAKOORA SQUARE BAWAL:
  • Senang Bentuk (muncung on point)
  • Ironless (Penggunaan iron yg minima, tak perlu stress tekan iron)
  • Material yang sejuk dan tidak jarang
  • Opacity 4/5 (Untuk warna cerah pun insyaAllah tak nampak leher)
  • Bidang besar nak gayakan macam shawl pun cunzz

SAKOORA SQUARE BAWAL
SIZE : BIDANG 50"
MATERIAL : CHIFFON SAKURA
LEMBUT, RINGAN & SEJUK
from
FAYRA INSPIRE

Facebook page : CLICK LINK SINI
Instagram page : CLICK LINK SINI
WhatsApp Msg : 019 802 9889 or CLICK LINK SINI


THANK YOU FAYRA INSPIRE and GOOD LUCK!

Monday, September 10, 2018

Popcorn Murah SEDAP dari Crunchy Sweet Popcorn

Cuti panjang ni schedule kita sure penuh dengan jemputan orang kahwin kan? And ada jugak yang buat aqiqah anak/ house warming party or even birthday party. So moh kita standby perut weh nak makan lauk kenduri. Dapur tutup yer bang! HAHAHA.

Ingat tak dulu aku ada review cotton candy murah kan? Tapi dah lama aku stop jual cotton candy tu sebab supplier tutup kilang weh!!! Pening aku cari supplier baru yang mur-mur and sedap mcm si Andy tu, previous tokey yang tutup kilang tu tapi tak jumpa.

NAH!!

POPCORN MURAH dari CRUNCHYSWEETPOPCORN , Pembekal popcorn untuk doorgift, goodies, booth corner & live cook.

Popcorn ni memang sesuai lah sangat kalau buat doorgift untuk masjlis korang weh. 
Sebabnya :
  1. Bekasnya yang kedap udara and neatly seal so tak mudah masuk angin and masih krup krap lagi masa makan.
  2. Bekas popcorn ni siap ada tangkai weh! senang nak handle. takyah bazir beli paper/plastik bag dah. JIMAT!
  3. Popcorn bucket serendah RM1.20 utk bucket saiz kecik dan sehingga RM2.50 utk bucket saiz sederhana (bergantung pada kuantiti) harga yg ditawarkan termasuk THANK YOU sticker.
  4. Jenis popcorn mushroom bulat berperisa CARAMEL. Rasanya just nice weh.
  5. Boleh adjust / custom made bekas popcorn ikut budget kita!!! BEST NI!
  6. Juga ada perkhidmatan popcorn booth corner (masak live di event) dan popcorn bundle (borong secara kilo)
LOKASI (HOME BASE BUSINESS) :
  • Lorong Haji Said, Batu 7, Jalan Kebun, Selangor.

 Ketinggian bekas popcorn vs tinggi duit RM1

POPCORN BOOTH SERVICE by @crunchysweetpopcorn


Custom Made Large container by @crunchysweetpopcorn

Small size Custom Made plastics by @crunchysweetpopcorn
Contact Details Crunchy Sweet Popcorn


Daging Salai TERBAIK dari SMOKA SALAI HOUS

Daging Salai Terbaik Dari SMOKA - SALAI HOUS


Aku ni memang hantu TOMYAM weh. Kalau makan hari-hari pun tak apa sebab memang ONZ. Tapi sekali sekala kita unah selera lah sikit. JOM MAKAN MAKANAN NISMILAN. (Read : Negeri Sembilan)

Sekarang nak makan apa je semua depan mata, cuma click click order... ZASS sampai depan pintu.

Daging memang pebret aku sgt..tapi susahnya nak cari daging yg lembut bila dah masak sebab selalunya liat sikit tang urat daging tu.

Mujur la dpt merasa kesedapan air tangan kawan blogger semasa family day gojes yg lepas...dapat plak sponsor daging salai daripada SMOKA - SALAI HOUS..MEMANG terbaik sgt..


menggoda sgt wei


rugi klu x rasa..lembut daging sampai x penat la mulut nak mengunyah..hahaha

Teringat2 sampai skrg kesedapan daging salai masak lemak belimbing buluh...sekejap je licin seperiuk...masing2 kelaparan lepas perjalanan yg jauh ke tempat penginapan...


disediakan teknik cara melembutkan daging lg








Smoka - Salai Hous ( @SmokaSalai )

FACEBOOK LINK : SMOKA SALAI HOUS FB

Harga - RM20 
Berat 250g
Daging ni sudah masak cuma difrozenkan
The kempen eat clean and healthy *road to 50kg*
Mudah dan cepat dimasak
Menggunakan teknik salai tradisional
Menjimatkan masa menyiapkan hidangan

Boleh hubungi pegawai di bawah utk tempahan :
Muhamad Husnul Azam Ahmad Mughni
Pegawai Pemasaran
019 - 6014 371

Tuesday, July 14, 2015

#theAlibrothers

Assalamualaikum. Sangat lah lama dah tak update blog nih. Macam-macam dah jadi.

Dari kurus dah jadi gemok lepas tu kena sound ngan MIL sbb badan dah gemok pastu terus buat Atkins diet 2 bulan dah jadi kurus balik hilang 14kg pastu tetiba mengandung 2nd baby pastu dah start fasa mabuk balik pastu dah new year pastu dengan busy kerja pastu cuak sbb dah nak bersalin lepas tu doctor bagi cuti awal sebulan before beranak pastu beranak dah pastu dapat lagi sorang anak lelaki lagi (alhamdulillah..phew) pastu anak tu alhamdulillah sehat dah berat pon dah 5.5kg masa 2months check up pastu dah start masuk kerja pastu dengan nak sambut puasa lagi lepas tu dah puasa lepas tu mencabar betul puasa sambil breastfeed ni lepas tu sampai la sekarang ni dah tinggal 2 hari je lagi nak raya.

How time flies.

Tak sangka aku dah jadi Emak---- #makanakdua kahkahkah. Seriously anak dua ni banyak la cabarannya. Masa kena bahagi bebetul. Mana nak layan abang long Afeef yang tengah membesar & asik dok pok pek pok pek lagi... dengan adik Areeq yang sekarang pon sama sebok nak berborak jugak. Well aku dapat bayang anak aku dedua ni macam si Upin & Ipin. hahaha!

Okay--since aku mmg takde mood nak buat kerja even kerja ada (to be continue esok...kot) rasa nak membelog membuak2.

Presenting our second hero..

Muhammad Areeq Ali bin Mohd Khairulizudin 

23.4.15
Thursday
3.05 kg
5.45 pm 
Normal delivery
Hospital Al Islam Kg Baru, Kuala Lumpur


Muhammad : Prophet Muhammad pbuh
Areeq : Noble
Ali : The Highest

#theAlibrothers


Insyaallah, akan aku jaga amanah Allah swt ni sebaik-baiknya. Jangan buat main weh, amanah nih. Silap kang kena kat akhirat kang. 

Nauzubillah.

Monday, August 4, 2014

Eid Mubarak 2014 - 1435H

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Raya kali ni turn aku untuk beraya so kami decide nak raya kat kampung-- Pulau Sebang, Tampin, Melaka.
Usually, 1st raya memang akan beraya kat rumah emak di Lembah Keramat then 2nd raya baru kami semua balik ke Tampin sampai raya ke 4. Tapi since tahun ni Busu aku dah tinggal kat Tampin, (dia dah jual rumah Melawati and duduk rumah pusaka kat tampin tu) so kami decide nak raya sana.

Sabtu, 26 July 2014
Lepas sahur, tepat jam 6.15pagi kami laki bini & afeef dah atas jalan raya. Ayah, mak, kak long & fira gerak lain kereta. Diorang keluar rumah 30minit lewat dari aku. Jalan clear je, smooooth sgt ikut MRR2 then terus masuk Highway Sg Besi. Kereta banyak tapi flow sgt sgt. Aku dah mengantok and then apa lagi, join la Afeef tido. Laki aku kemain suka la dia sebab kalo aku tido dia nak tekan minyak tu ikut suka dia takda siapa nak marah. Ceh!

Ada gak aku bukak2 mata nampak mcm jem kat area Nilai. Pastu aku tido balik. Tak sedar! Pastu aku jaga balik dah sampai kat Exit Tol Simpang Ampat! Amboi. Laju gila laki aku bawak. Baru pukul 7.20pagi dah sampai sini. Redho!

Sampai je rumah kampung terus salam2 Busu Liza & Busu Azmi, diorang tgh sapu daun kering nak menyambut kepulangan kami katanya.

Ini lah Pondok Pelita. Kampung kami. Rumah busu.
Mak & ayah sampai around 9.00am sebab stuck kat Nilai-Senawang (mmg area jam!). Pukul 10 pagi aku dah berlayar ke mimpi yang fana sampai kol 1petang. Nasib la Din kena jaga Afeef. Ngantok sangat apa pon tak sedar.

So dalam aku tido tu rupanya laki ku, busu & the boys sebok mengacau dodol! Aku sedar-sedar dodol dah tukar kaler brown & dah nak masak dah! Ceh rugi!!!

Busu Azmi & Ajik

Posing je lebih padahal baru bangun

Dodol Pondok Pelita

Macam mando je aku ni
Aku & Dekman


Ahad, 27 July 2014

Hari ni sesi membakar lemang pulak! Buluh tu semua Busu ambik from Astana Raja, Rembau. Busu Azmi orang sana so omak dia yang siapkan buluh & pulut2 ni. Kami bakar sajok!

Siapkan palang tempat bakar lemang

Barisan lemang yang lemak merdu
Hidupkan apinya pulak
The boys pegi bakar lemang. The girls masak rendang. Tahun ni ada 2 rendang, Rendang AYAM & ITIK.

Ayam & Itik tangkap sendiri kat reban belakang rumah okay! 
Pastu sesi cabut bulu ayam! SERAMMMM

Malam pulak kami makan ramai-ramai. Eh best gila laaaa!!!!





Malam raya si Afeef Ali ikut The Boys pi takbir! 

tengok la muka tu rasa nak picit je! Gewam mama!!!


1 SYAWAL 1435H

Aku & husband menapak jalan kaki pergi masjid nak solat sunat AidilFitri. Emak tinggal kat rumah siapkan Si Afeef Ali sbb dia tidur lagi malam tu dia tidur lambat main bunga api.
Selfie pagi rayo

Balik solat tu apa lagi, photo shoot session la! HAHAHA!

AZHAR's Family

AZMI's Family
 
THE GIRLS
Kiri : Kak Long, Fira, Aku
Merah tu anak pompuan tunggal busu, Siti Adibah a.k.a Mak Iti 
THE BOYS
Atas : Ustaz a.k.a Azrul.
Kiri Bawah : Dekman, Din le husband , Afeef Ali & Ajik


Dengan Adik Fira a.k.a Cikgu Besah

Kiri : Mak & Ayah
Kanan : Busu Liza & Busu Azmi

PAPA:AfeefAli:MAMA

Susah nau nak amik gamba ngan budak bujang ni tau

So, menu untuk 1st raya ialah----- NASI LEMAK!!!

Picture Credit : Kak long. Rajin dia deco untuk shoot gamba nasi lemak daun pisang nih.
HAHAHA


Menu untuk RAYA KE 2 ---- NASI PUTIH & MASAK LEMAK DAGING SALAI

Picture credit : Kak Long jugak sebab dia seorang yang gigih untuk shoot gambar makanan & pinggan corak bunga kangkung nih.

 So, our 1st & 2nd Syawal has ended! Raya ke 3 kami pi Melaka jap raya rumah sedara emak then aku terus balik rumah MERTUA di Banting,Selangor.



SELAMAT HARI RAYA DEAR READER'S! 
MAAF ZAHIR & BATIN

IKHLAS DARI KAMI :

mohd.khairulizudin
nur.nadiah
muhammad.afeef.ali

azhar.hassim
zuraidah.ali
nur.amirah
nur.zafira

azmi.ismail
halizah.hassim
azrul.izzat & farah
muhammad.haziq
siti.adibah
adib.aiman