Pages

Monday, November 26, 2012

LBS : Katerina. Thanks Redmummy & EBM Stock


Hari ku yang mendung sebab kat rumah tetiba black out, kini dah menjadi cerah sebab Redmummy bagi 2 tiket tengok LBS:Katerina.

Thanks Kak Red.

Maka esoknya aku dengan sang suami, En Din akan menuju ke Pavillion jam 8malam. Takleh la nak direct pegi dari office. Harus la balik rumah dulu, jumpa anakanda kesayangan si Afeef Ali tu kan.

Tak sangka dapat tiket sebab tau kan kak Red tu ramai la followers nya! Lepas dia soh email aku pon bukak gmail, compose email and SEND!

Eksaited nak tunggu reply kak Red bertukar menjadi nightmare sebab tetiba Emak sms cakap
"rumah black out dah 15minit"

Aku punya la nervous sebab terus terlintas dalam kepala ni is EBM Stock aku kat freezer tu.

stock setakat 8 November lepas
Sayangnyaaaaa!!!!! kalau la semua susu tu cair! OMG OMG OMG! 

Panic Attack!

******************   e d i t   ********************

Emak sms lepas 30 minit kejadian blackout tu :

"Alhamdulillah, letrik dah ada"


Phewww lega! Chicken dance jom!!! :D

Oh oh, kak red pon reply email. She gave us 2 tix for LBS premier tomorrow!


Alhamdulillah. Rezeki time hujan. #Eh!

Thursday, November 22, 2012

Nama ada Makna

Masa aku mengandung dulu, hampir berbulan-bulan jugak lah aku pening memikirkan nama yang nak bagi kat anak yang bakal lahir nih. Tetiap hari aku google maksud setiap nama yang aku berkenan. Then kalau aku dah rasa sesuai nama & makna nama tu, aku akan tulis dalam buku nota aku sendiri. Hampir 10-15 jenis nama lah yang aku dah senaraikan untuk anak aku ni.

Bagi aku, memang tak suka nama yang terlalu english. Contohnya Heykal, Aaron . Yela, walaupun aku minta Aaron Aziz takda la sampai nak terjebak nak letak nama anak Aaron. Sebab Aaron dalam Bahasa Melayunya ialah Harun. Kan!Sebab bagi aku tu macam takda makna untuk baby beragama Islam.  Baik aku letak nama anak aku Harun je. Aku suka nama yang simple. Senang nak sebut, eja, panggil. Kalau boleh aku elakkan nak panggil nama singkatan untuk anak aku tu. 

Macam aku, nama Nadiah. Panggil NONA. Apa kejadah makna nona tu? Buah nona ada la. Tak pon Nona Naga. Mak Ayah aku penat pikir nama aku N.A.D.I.A.H yang bermaksud Kejayaan. Kalau orang panggil aku nona...nona, bila la nak mencapai kejayaan tu. Percakapan tu kan macam satu doa kan?. 

Macam suami aku pulak nama dia Izudin. Orang panggil dia Din. Dua-dua maksud sama; Agamaku. So, ini tak jadi hal. Case closed!

8 bulan aku dok plan nak letak nama apa anak aku nanti. Last-last aku berkenan nama Afeef ALi
Afeef bermaksud Menjaga Kehormatan
Ali pulak maksudnya Yang Baik, Mulia, Berjaya.

Nak pronounce nama anak aku bukan main senang. AFEEF. Nak panggil pon senang. Just panggil AFEEF sahaja. 

Tapi aku notice ramai yang dok panggil anak aku ni APIP! Kenapa korang panggil dia APIP????? 

Ok fine, kau rasa macam gigi terkeluar kalau nak pronounce AFEEF. So, just panggil ALI. Susah sangat ke?

Kenapa nak kena panggil Apipipipipipppppppp instead of Afeef. Haiya! 
Apip takda makna tau. Tiada! No! Na'am! Walang! 
No! No! NO!

Eh jap, google!
Hah! Takda makna tu. Pastu apip tu direlatekan ngan API. OMG!

Aku mungkin nampak menggelabah sebab benda kecik kan, hanya isu nama. Tapi bagi aku nama ni satu issue besar. Nama mencerminkan/mendoakan seseorang tu. Kalau sepuluh kali kau panggil anak aku dengan nama APIP@Kenit@Budak Botak dah macam mana tu kan? 

Afeef; Menjaga Kehormatan. Cuba panggil Afeef. Cuba. Tak salah mencuba kan?

Monday, November 12, 2012

KRU buat aku menangis! WANITA oh WANITA



Waktu kejadian : 11 pagi, 12/11/12
Lokasi kejadian : YTL OOP, Level 6

Ahhhh!! Semenjak menjak aku dah jadi Mak ni, hati aku ni sensetip betul.
Ni kisah benar okay,

Al-kisah, aku tengah amek mood nak buat utilization report untuk whole region nih. So, untuk amek semangat tu aku pon bukak la Youtube.
Nak layan lagu la kan.

Jari ni cepat je type "Wanita - KRU".

Enter!

Ok keluar dah. Hehe. Sumbat earphone dalam-dalam lubang telinga. Volume no 50.

PLAY.

Laju je la kan aku dok buat kerja, lagu syiok! Tetapi, as aku dok repeat lagu ni. Aku dah terhafal lirik dia. Bila dah TERhafal lirik, mula la nak hayati apa actually lirik dia.

Aku stop wat report. Hayati jap lirik. OH Mai Goddeh! Tetiba boleh plak sensetif! Terbit pulak air mata nih kan tetengah buat report! Arghh! Malu malu!
Aku sedut air mata. Eh, air mata pon boleh sedut ke?

Ok aku play balik lagu tu. And here goes! Part ni buat aku sedih! AUTOMATICALLY sedih!

Tatang hatinya bagai Permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau SAYANGKAN dia sepenuh jiwa mu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta seorang wanita

How sweet was that????! Kan?? Kan?

And aku dok fikir dalam otak ni ada 3 orang je :
1. Emak *tang chorus je*
2. Afeef
3. Din

Emak
Nona sayang mak! Emak ni sejak arwah atok meninggal (26072011) dia jadi sunyi semacam. Ye la, kitorang semua duduk ngan atok dari kecik sampai lah aku nak tunang. Mak jaga arwah atok, urus makan pakai arwah. Kalau aku, ayah, kak long & fira takde kat rumah, mak duduk ngan arwah atok je berdua. Bila malam baru la penuh rumah tu balik. Tapi bila arwah atok dah meninggal, bayangkan apa mak rasa bila duduk sorang-sorang kat rumah tu. Pernah satu hari tu aku call mak nak tanya dia buat apa, dia kata dia tengah duduk kat hall dalam gelap, berzikir.
Aku tanya kenapa.
Dia jawab "Mak sunyi pulak rasa. Atok dah takde, nona dah kawin, Kak Long & Fira belajar. Ayah kerja. Mak zikir sebab mak tau Allah ada ngan mak."
Kau tak sedih ke dengar mak kau cakap macam tu. Aku lepas kawin pindah duduk kat Puncak Jalil. Ha, bila dah mak camtu memang la aku kena teman mak selalu. Dia tak cakap dia perlukan anak-anak, tapi anak-anak dapat rasa.

Sarangheyo, Omma!

Afeef ngan Din, hayatilah lagu ni. KRU paham apa yang Wanita nak.

Afeef
Kalau dah besar nanti jangan lupakan mama ok. Mama sayang Afeef. Dah ada bini jangan lupakan mama. Luangkan masa ngan mama.
Itu je yang mama mintak. *Okay anak baru 3 bulan kau dah cerita pasal kawin, Ciss*

Papa
I know you ni memang tak romantik and asyik busy je nak main bola la, lepak minum la, futsal la. Tapi kan, kalau you hayati lagu nih, OMG! memang itulah yang i nak u paham apa yang i rasa.
I tau you kerja 24/7 sebab cari duit untuk makan pakai anak bini. Beliakan I Galaxy S3! hehehe



"Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau SAYANGKAN dia sepenuh jiwa mu"

KRU, thanks buat lagu nih. You guys memang faham wanita.

Selamat Hari Wanita semua!!!! *tetiba kan sebab get too emosional*

Now aku dok repeat je lagu nih dari tadi. Nasib baik la kat Youtube. Kalo kat CD dah rosak la gamaknya.

Tuesday, November 6, 2012

Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun tenangkan Muhammad Afeef Ali

Masa ni tak tau kenapa Afeef tak boleh tidur. Asik menangis je.
Check perut tak kembung. Diaper tak basah. Susu dah bagi. Ish kenapa asik menangis je ni.

Pass Afeef kat mak. Mak tidurkan Afeef. Dia still merengek. Hmmm. Mak pon suruh aku pasang Zikir Terapi Diri tu. Nak pasang Surah Al Baqarah dari Al Quran Digital tu tak boleh pulak, sebab terlupa nak charge battery. Aku pon terus play cd Hafiz nih.

Ya Allah, masuk zikir yang Lailahaillallah tu.... terus Afeef senyap!


Subhanallah. Now, kalau Afeef nak tidur kitorang mesti pasang Zikir Terapi tu. Afeef tidur, aku dapat la buat kerja rumah. Hehehe!

Korang cuba la beli CD dia ni. Anak tenang, mak pon tenang.
Dalam pantang, aku selalu cepat bengang. Ye la, ni 1st baby, tak reti nak adapt lagi. Selang sejam nak susu. Malam susu. Aku menyusu badan. Sampai pernah nak give up breastfeed. Pastu kerap berak, kencing. Mana nak rehat dengan jaga anak. Aku pulak sakit lagi jahitan bersalin tu. Dah la tak dapat solat. Kalau dah kering Nifas boleh lah tenangkan diri masa solat. Aku camkan, kalau aku tengah tamper tu then dengar Zikir ni, aku pon jadi tenang. Takda lah nak cepat bengang je ngan anak. Subhanallah.

Monday, November 5, 2012

Mohd Khairulizudin Bin Mahadzir
+
Nur Nadiah Binti Azhar
=
Muhammad Afeef Ali Bin Mohd Khairulizudin