Pages

Monday, October 29, 2012

Running Man ..... & Wife



Nih during our outdoor photoshoot with Shutterclick Photography. Location kat Pantai Klanang, Banting. Nih outfit masa bertandang. 

Godek-godek gambar sekali terjumpa gambar ni. Quite a few jugak la posing lari-lari nih kan. Apa lagi, aku pon buat dia jadi format gif. 



Penat tau kena lari nih. Entah berapa kali kena lari sebab Along Shutterclick tak puas hati ngan gambar yang dia dah capture tu. 

Even penat tapi berbaloi. HAHA!




Thursday, October 25, 2012

What a wonderful morning

Today, mama tak kerja. So, Afeef being so happy with me around him. Takda la Afeef kena tinggal pagi-pagi ni. After Afeef celik mata, dia ajak pulak mama dia borak-borak.


Layan kan aja lah anak aku yang sorang ni.

p/s : Afeef, stop being too cute! Mama couldn't resists you la sunshine!!  HikHikHik.


Wednesday, October 24, 2012

Thursday, October 18, 2012

when mummy missed you

Sebelum aku keluar rumah, aku peluk cium Afeef. Sempat aku cabut mitten dia pakai malam tadi bawak pegi kerja. Hehehe!

Takda anak disisi, dapat bau pon jadilah!
Bila la pukul 6.00pm ni. Tak sabar nak balik.

Monday, October 15, 2012

Mommy miss you


Today is my 1st day start kerja. And the whole day asyik terpikir budak ni je.

Saturday, October 13, 2012

Emo Emo

Mama, jangan lah pergi kerja. Afeef rindu mama
Well, kalau macam ni lah gayanya anak aku ni, bayangkan macam mana nak start kerja next week. Jujur, aku sedih nak kerja balik. Jumpa Afeef malam sahaja. Mama rindu Afeef lah macam gini. Memang the 1st day tu pukul 5.55petang aku dah dalam train nak balik rumah jumpa anak bujang tercinta. Hahaha. Evendo working hours actually start from 9am-6pm.

Afeef sekarang nak melekap ngan mama dia aja. Maybe dia dapat rasa mama dia nak kerja dah next week. Lepas susu, aku mesti burpkan Afeef mcm tu sebab Afeef dah berat. Mama tak cukup vitamin lah sayang nak dukung awak. Berat awak kan dah 5kg sekarang ni. Longoh den! Lepas burp, Afeef mesti tidur mcm tu. tapi bila letak kat tilam dia mesti dia jaga balik. Ish, nak melekap jeee. *Konon rimas padahal suka anak melekap kat badan hehehe*

I miss you my son! ok bye Afeef nak susu!

Thursday, October 11, 2012

Demam


Semalam Afeef pergi Klinik for his 1st injection. So far Afeef okay, active as usual.
Masuk Klinik, timbang Afeef. Wowwww! dah 5KG dah untuk 2 months old baby! Alhamdulillah berkat susu ibu berat Afeef naik from 3.7KG to 5KG dalam masa sebulan.

Berat Lahir : 2.7kg
1 month : 3.7kg
2 months : 5kg
Afeef odw pegi Klinik


Then, baringkan Afeef. Mood dia elok je. Phewww. Then, doctor buka seluar Afeef untuk inject. Siap senyum-senyum lagi dengan papa dia. Tapi bila jarum masuk dalam peha kiri Afeef, mata dia terbeliak then 5 second lepas tu speaker dia pon bunyi. Uwaaaaaa uwaaaaa. Doctor siap cakap "Sorry ahh baby... ok ok sorry ahh baby". Sweet je doctor ni. Tapi Afeef takmau berenti nangis. Apa lagi, mama upah nenen la. Baru Afeef senyap. Sian dia. Hehehe.

Lepas dah kenyang susu, Afeef leh senyum-senyum lagi ngan papa dia. Haha!

Sebok pandang Papa dia. Hehehe
Balik rumah Afeef ok. Tak demam. Tapi pagi tadi lepas susukan Afeef pukul 6 pagi rasa badan dia dedar. So, mak & aku bagi ubat demam yang doctor bagi tu. Lepas je makan ubat demam tu, terus Afeef tidur dari pukul 7.30pagi sampai la 11.30pagi. Lama tu dia tidur. Sedih tengok dia tak active macam selalu. Angkat mata pon tak larat. Kesian Afeef!