Pages

Tuesday, June 19, 2012

Baby Snuggle Nest @ Portable Infant Sleeper

Alhamdulillah.
Dah dekat 4 bulan lebih aku dok mencari Baby Snuggle Nest(BSN) ni. Serius!
Semua expo dah pegi terjah. Yang ada jual pon mahal gila around RM120-RM160 camtu.

Lepas baca blog Intan ni terus berkobar-kobar lagi nak beli. Sebab Intan dapat beli murah! Dalam RM100 je! Ish melepas! Kena cari lagi ni.


Pagi tadi, kak long email. Tunjuk dalam Milk A Deal ada buat promotion untuk BSN ni. And guess what?! Include postage harga dia RM88 sahaja instead off hundred over! How lucky am i! Syukur!
Apa lagi..suruh la kak long belikan dulu. *Sila paham sebab tak bergaji lagi* haha!

Eh BSN ni bagus tau. Boleh letak dalam kereta je. Then kalau kita travel tak payah la dok bawak tilam-tilam yang besar tu untuk baby. Macam aku, rumah MIL kat Banting. Rumah mak aku kat Lembah Keramat. So, kalau nak balik kampung tu baby nanti dah ada "baby cot" dia untuk dia tido. Ala, infant kan tau tido & makan je. Lagi pon ada salahnya beli untuk anak sendiri... ye dak?



Nice kan. Boleh lipat and jadikan as a bag lagi. Harga pon berpatutan. Tak la messy dengan loose item tilam set tu kalau nak travel.

Oh if nak beli as a gift pon quite practical juga. So ibu sekelian, sila la beli Baby Snuggle Nest ni.
Tak sabar nak tunggu BSN ni sampai kat rumah! YAY!

Milk A Deal Facebook : http://www.facebook.com/MilkADeal
Baby Snuggle Nest Milk A Deal Link : http://www.milkadeal.com/deals/mme-cot

Monday, June 18, 2012

Rekahan

Minggu ni dah masuk 28 minggu. Maknanya dah 7 Bulan aku mengandung.
Dan pada hujung 27 minggu lepas ... rekahan tersebut telah keluar. 
Ya!! Rekahan di perut. 

Oh nightmare.
Tengok badan sendiri depan cermin memang dah tak cantik. *kau cantik sgt ke dulu nona?*
Harap-harap suami boleh tutup mata & terima diri aku ni setelah rekahan tersebut timbul.

Oh masa Mid Valley baby expo hari tu ada beli Coco Butter untuk prevent stretchmarks. Tapi sampai sekarang tak pakai-pakai lagi.

Bila rekahan ni dah ada...sendiri mau ingat la nona yer. Rekahan ni still baru. Tak banyak pon!  

Google Image *bukan perut aku duhhh*

Well, aku cuba treat rekahan ni mcm selulit je la. Bahaha! 

Pregnancy membuatkan aku malas nak ulit badan sendiri. Body lotion yg beli kat Sephora untuk 1st night dulu dok takat tu je la sbb aku tak guna-guna. Sapu kat badan din bagi dia wangi instead of aku yang wangi. LOL.

Ini Serius.


Note to The Little One : Ada stretchmarks pon Mak tak kesah janji awak sehat kat dalam perut sana! Jumpa September ni ya! Muahhh