Pages

Thursday, September 22, 2011

Ayah



Hari tu atok. Hari ni ayah.

Aku tak tau. Tapi kak rose ada cakap ini syndrome pre wedding tapi... entah la. Mungkin kot.

Aku semalam satu hari dibaluti blues. Aku pandang je ayah aku jadi sedih. padahal dia tak buat apa apa yang menyedihkan pon. aku rasa macam aku sayang sangat sangat sangat kat ayah aku. sayang yang terlampau sangat sampai bila teringat je kat dia kau akan bergenang air mata. aku bukan buat-buat sebab aku tak de masa nak berderama swasta.

rambut makin kurang. gigi makin kurang. perut makin kempis. ayah makin kurus. tapi ayah comel. ya Allah aku sedih tatau kenapa. yerla ayah pon dah berusia 51 tahun.

ayah seorang yang garang masa mudanya. tegas. kalau A katanya, maka A la. kalau kau tak solat dia tak cakap banyak, dia tinju je muka kau. ye la. kena didik anak dari kecik. solat tu kan tiang agama. kalau aku gaduh, bertekak dengan adik beradik
aku maka bersedia la kena tinju. ayah suka pakai cincin yang batu besar tu. mak aku panggil cincin buah khanna. hehe.

ayah yang aturkan hidup aku dari awal. apa jurusan aku amik masa kat sekolah. semua pilihan dia. kami takda adik/abang lelaki kat dalam family. 3 perempuan. masa kat sekolah rendah ayah suruh aku ambil Persatuan KRS sebagai ko-kurikulum aku. kalau ikutkan aku yang kaki bangku ni, aku nak ambil Persatuan Puteri Islam je. Senang, buat sandwich then jahit sikit dah.

Masuk form 4 dia suruh aku amik jurusan seni bina. aku masuk kelas 4 Neptune. Kelas ni kelas Lukisan Kejuruteraan(LK). Then, ayah suruh aku pin
dah masuk sekolah Teknik. amik course Electrics & Electronics Engineering. Aku ikutkan jugak. Tapi, dalam kelas, aku lah budak perempuan yang selalu dapat markah paling rendah. Bodoh! mmg rasa tak boleh bawak. tapi sebab ayah suruh so ikutkan jugak. SPM result ok. tak teruk. terpikir aku mcm mana boleh lulus padahal setiap kali exam aku mesti fail!

ayah suruh lagi aku masuk Politeknik. Katanya banyak amali kat sana dari teori. Course Electronics Engineering. Major in electronics. belajar punya belajar aku dapatlah Diploma aku. Dean Lists lagi. ayah bangga. aku bangga ayah bangga.

Jadi nampak? Dari awal ayah dah aturkan hidup
aku. segalanya aku tanya ayah. aku bergantung kat ayah. beli laptop tanya ayah, beli handphone tanya ayah, beli printer tanya ayah, kereta rosak tanya ayah.

entah kenapa. rasa sayang+sedih+syg sangat+sayang membuak-buak sejak 2 minggu ni.

Tuan Haji Azhar B Mohd Hassim, i love u ayah.

Tuesday, September 13, 2011

Atok

Pernah tak korang rasa yang korang rindu kat someone ni terlalu banyak sangat sampai hati ni sakit sangat teramat sangat sebab tak boleh jumpa?

Aku mengalami kesakitan tu sekarang. Aku terlalu rindu atok. Terlalu yang teramat sangat. Allah je tau kesakitan aku alami. Walaupun dalam kesibukan nak kawin, aku selalu hilang fokus nak kawin. Sampai baju nikah aku tak tempah lagi. Aku sayang atok aku sgt sgt.

Aku duduk dengan atok sejak dari kecil. Lepas arwah nenek meninggal, emak ambil keputusan untuk pindah duduk dengan atok. Sebab kesian kat atok sorang kat rumah, siapa yang nak urus makan minum atok. Aku membesar depan mata atok. Bercinta depan mata atok.

Pernah tahun lepas atok ada cakap dengan kak long suruh aku kawin sebab Din selalu ambik depan umah. Tapi masa tu aku tak bersedia lagi. Aku menangis masa atok cakap tu. Padahal atok cakap je pon, bukan paksa kawin. Duh! Tapi ini semua urusan Allah swt. Awal tahun 2011 aku dirisik oleh family Din & kami pon bertunang on the spot. Atok suka sangat masa tu. Comel sangat dia senyum.

Preparation untuk pertunangan kami sangat simple sebab kak long & adik takda bersama. Kak long kat Glasgow adik pulak kat Batu Pahat. Atok lah yang gigih siapkan tepak sirih. Gigih aku naik motor mencari sirih , kapur & gambir.

Tinggal gambar dan kenangan.

Tinggal sorang.

Aku sedih. Perit nak hadapi ni.

Wedding : Lagu Cinta

Melayan video kat facebook CST Production ditengah hari ni buat aku rasa nak cari jugak Love Song untuk video nikah nanti. Ye la kan, sekarang ni memang musim orang buat video nikah/reception. So aku pon tanak la ketinggalan. By the way, video nikah ni adalah 100% disponsor oleh My Kak Long Mira & my family. Hadiah kawin katanya. Hihik.

Alhamdulillah.

I have found a few songs yang sesuai gitu. Parah jugak activity searching ni.

Tunggu hari bahagia kami untuk aku reveal Love Song aku dan Din.

Note : Feeling artis nak teaser bagai. Gelabah

Wedding : Button Badge by Kertas Puteh

Selamat pagi semua.

Tengok wedding ticker kat sebelah tu tinggal 87 hari saja lagi menjelang pernikahan kami. So much more thing yang pending. Tapi dah ansur-ansur buat. Kadang-kadang bila kita sibuk sangat banyak benda kecik & simple things kita akan lupa.

Nak dijadikan cerita, 1 hari terfikir nak buat Button Badge untuk our Solemnization & Reception. Using our wedding doodle by Amar Amirah.
Nanti kita review pasal Doodle yang cute tu.

So, operasi searching for the best price pon bermula.
Mostly harga untuk sebiji button badge is RM3.00 untuk 3cm, using Matte Laminate. Tiba-tiba terjumpa la satu "vendor" ni kat Facebook. Kertas Puteh. Tengok hasil kerja dia sangat la puas hati sebab unik & so neat. Apa lagi, dengan pantas terus email Kertas Puteh. Dia sangat lah friendly and kerja dia memang superb! Sangat Pantas & Efisyen. Email hari ni cakap pasal details and mlm tu terus dia send email balik with the design. Tak sampai 12 hours pon okay.!Pendek kata memang kita akan berpuas hati la dengan hasil kerja dia. Berbaloi-baloi. hehe.

Dengan Kertas Puteh ni, kita boleh bincang & share pendapat dengan dia. Mcm aku bagi dia kebebasan untuk design. Aku tetapkan kaler apa aku nak & bagi dia gambaran mcm mana aku nak. Then dia akan design. If tak suka dia design, no problem! Boleh amend sampai puas hati. Bagi aku, deal dengan Kertas Puteh ni sangat la senang & happy. Oh nak quotation, nah!

Kertas Puteh Wedding Button Badge :

" Wedding badges price for size 44mm:
  • Classic gloss: RM 2/pc
  • Matte laminate: RM 3/pc

  • Wedding badges price for size 58mm:
  • Classic gloss: RM2.20/pc
  • Matte laminate: RM3.20/pc
Harga termasuk dengan design kami designkan. "

Kertas Puteh ada banyak idea untuk your wedding day. Dari kad kahwin sampai la ke door gift. Dia jugak ada buat Party Packs, Mini Fridge Magnet, Personalized Yassin & Doa Harian and banyak lagi la! Semua cute miut belaka sampai rasa nak order semua jenis! ishh

Oh lupa nak upload hasil kerja Kertas Puteh. Comel sangat sampai rasa nak pengsan. *okay over disitu*.

Presenting, our wedding button badge by Kertas Puteh.


So apa tunggu lagi, sila la LIKE facebook KertasPuteh disini or email them at heylow@kertasputeh.com

Note : Semalam, Din si tunang tengok button badge ni dia jeles & terus nak order. Sibokkk tauuuu! HEHEHE :p