Pages

Friday, August 19, 2011

6. Tak Romantis


Bila aku dan tunang aku jarang berkomunikasi romantis di Facebook. Perkataan i love you rasa macam "Hebat sungguh mereka bercinta!" HAHA.

Malu ai.

5. Gaya terbaru


Semalam aku ada tulis pasal pengayaan tudung yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Aku harus share benda ni sebab aku rasa dia pandai luahkan apa yang orang lain tak dapat nak cakap.

Nama dia Kak Senduk.

Klik sini dan sini untuk entri dia berkaitan dengan pengayaan tudung sekarang. Nama blog dia meriahuolls.blogspot.com. HAHA. Nama blog pon dah glamer gitu. Kalau korang bosan kat office tu sila la jengah ke blog dia. Aku suka dia ni. Terbaik!!

Aku suka tau!

Thursday, August 18, 2011

4. Terkesima

Bulan baik ni aku malas la nak bercakap benda yang kutuk mengutuk ni kan. Tapi aku ada point. Aku memang bukan jenis orang yang berfesyen tapi aku suka ikut trend. Trend tu bagus la tapi kadang-kadang dia tak sesuai dengan kita. Ukur baju dibadan sendiri la kan. Aku terkena jugak.

Ada satu hari tu trend Skinny Jeans jadi sebutan, cantik sangat aku tengok model model kat Berjaya Times Square tu pakai. Macam perfect gitew. So aku tak mau ketinggalan. Aku pon beli. Tapi, badan aku ni pendek & gemuk. Dah nama pon skinny jeans korang agak-agak sesuai ke tak kalau aku yang berbadan plum ni pakai. Harus la tak ses

uai okay! Macam kain balut nangka! Huduh! Nak ikut kan sangat fesyen tu kan.. Hambek la engko. Lain la kalau kau berbadan model macam si Hanis Zalikha tu or si bakal-adik-ipar Maria Elena or Maria Elena Zarul tu sendiri. Duhh!!!


Sama jugak dengan fesyen tudung. Aku tengok sekarang ni trend tudung menjadi-jadi. Aku jenis pakai tudung bawal je okay dan tudung harian aku MESTI la berwarna hitam. Tak dinafikan, aku teringin nak pakai tudung macam hijabster sekarang ni. Aku pon ada beli shawls online tapi memang simpan buat perkasam je la kan. Ada satu masa tu aku pegi Wangsa Walk Mall then masa tengah jalan-jalan kat sana tiba-tiba aku rasa macam aku kat Middle East! I was like.... "Seriously man...sumpah aku macam makcik jual nasi lemak dengan tudung bawal."

Tadi aku bukak Facebook aku then ada la gambar awek ni. Aku terkedu. Fesyen baru yang bakal menjadi ikutan gadis pingitan di Malaysia. Trend ini bakal m
enggantikan trend Hana Tajima or Yuna or siapa siapa la. Tak sabar aku nak cuci mata kat Berjaya Times Square bila style tudung ni dah femes. OMG!


Anda tertarik melihat style baru yang digayakan oleh Adik Love Bunga Querida ni. Jangan risau. Ada tutorial yang Adik Love Bunga Querida dah siapkan untuk tatapan anda. Enjoy! LOL

Ini tutorial minah ni. Ini pula Facebook minah ni. Aku suka tengok dia pakai tudung bawal macam orang dulu-dulu. Macam sweet sangat. Oh by the way, minah ni pandai make up tau. So sesiapa yang nak guna khidmat dia ni sila call dia.

p/s: Aku bukan tak suka dia. Aku suka. Aku pon bukannya perfect sangat. Duh!! Tapi...Nilai kan sendiri. Kita mampu berfikir.

Wednesday, August 17, 2011

3. A Samad Said

Semalam aku beli baju online. Bukan sebarang baju. Ni baju best!

Design sgt unik. Aku terus jatuh cinta bila tengok baju ni. Ini baju warna kuning. Ada gambar A Samad Said. Kalau baju warna kuning & ada Pak Samad dalam dia maksudnya apa. You do the math.
Aku bukan berpihak mana-mana. Aku suka design dia. Ini link ke FB TheYellowBoutique. Aku borong 3 helai okay. Satu untuk aku, satu untuk Din & satu lagi untuk kak long aku. Murah je. RM35 sehelai. Kalau beli 3 postage cost FOC!

Aku bukan budak sastera. Bukan nak campur aduk politik. Tapi aku suka Pak Samad ni. Kalau kau orang follow Twitter dia, ada banyak quote dia yang korang akan rasa "Eh Sempoi la Pakcik ni" atau "Eh best doh quote dia" ataupun "Apa la org tua ni mengarut".

Nilai kan sendiri. Kita mampu berfikir.

"Cinta lalu: Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Cinta kini: Makan setalam, tidur setilam, mandi sekolam." - A Samad Said


Friday, August 12, 2011

2

Since nak start balik blogging, aku dah tukar entire blog template.

Feeling feeling nak mulakan hidup baru la gitu. HAHA!

Ni layout baru. Fresh okay!

Ni layout lama. Classy.


Bila aku check balik blog ni..punya la banyak aku nak cerita. Ada 12 entries dalam draft. Okay!!

1.

Its been a while aku biarkan blog ni kosong. Almost a year. Banyak yang dah jadi dalam hidup aku sekarang. Banyak benda yang datang. Banyak benda yang pergi.

Aku suka menulis. Bila aku sedar aku tulis di alam maya which is sesiapa pun boleh baca, aku jadi MALAS NAK UPDATE! bolehhh? Lepas aku sedar ramai kawan yang baca blog aku, aku jadi rimas. Feeling superstar gitu. Aku mula menulis balik dalam Diary..like a old time.

Aku bercinta selama 6 tahun kemudian bertunang. Tinggal lagi 4 bulan menjelang pernikahan kami.
Aku kehilangan insan tersayang. Atok. Tak mampu nak tulis apa apa lagi pasal atok. Sakit hati ni sebab menanggung rindu yang terlampau. Aku redha. Cuba kumpul kekuatan untuk hadapi semua ni. Aku bajet aku kuat. Rupanya.
Aku kehilangan kerja yang aku impikan. Freelance planner untuk Microwave. Atas alasan apa aku tak pasti. Aku redha.
Aku accident dah 2 kali sejak ada motor ni. Semua kena area ampang. Rosak tangan aku.
Aku masih kerja di company yang sama. Dah masuk tahun ke 2 setengah dah. Still takda kenaikan gaji. Still takda kenaikan pangkat. Yang ada workload yang berlambak.

Aku nak cari rumah untuk duduk lepas nikah nnt. Banyak pulak masalah. Ya Allah.